Connect with us

Oh! Media

Seorang Warden Berdepan Penjara 133 Tahun Akibat Liwat Pelajar Tahfiz

41559126409 wardentahfizjpg

Umum

Seorang Warden Berdepan Penjara 133 Tahun Akibat Liwat Pelajar Tahfiz

Akibat meliwat lima pelajar di sebuah pusat tahfiz, seorang warden asrama dijatuhkan hukuman penjara 133 tahun dan 42 sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini. Kejadian yang berlaki di pusat tahfiz Simpang Empat itu berlaku pada bulan lalu.

Pesalah Nawawi Anuar yang berusia 27 tahun itu telah mengaku bersalah terhadap 26 daripada 29 tuduhan yang dibacakan oleh Hakim Ainul Shahrin Mohamad. Tertuduh juga didakwa telah meliwat lima pelajar berusia sembilan hingga 15 tahun di pusat tahfiz itu sepanjang April lalu.


IKLAN

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan dua kes liwat dan satu kes memaparkan video lucah melalui telefon bimbit kepada seorang mangsa berusia 11 tahun.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd, dipetik berkata laporan mengenai kejadian itu dibuat seorang daripada guru pusat tahfiz berkenaan di Balai Polis Simpang Empat pada jam 11.25 pagi 9 Mei lalu.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas