Connect with us

Oh! Media

“KKM Perlu Tangguh Pemberian Dos Penggalak” – Dr Maza

maza

COVID-19

“KKM Perlu Tangguh Pemberian Dos Penggalak” – Dr Maza

Datuk Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA), Mufti Perlis memberi cadangan buat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tangguh sebentar pemberian dos penggalak sehingga panduan siapa yang layak dikeluarkan.

ADVERTISEMENT

BACA: Perlu Cipta Vaksin Lain, Dos Penggalak Tak Mampu Lawan Omicron?

Menerusi laporan Awani, Dr Maza memberi cadangan tersebut kerana bimbang akan segelintir masyarakat yang mendapat komplikasi dan kesan serius selepas pengambilan dos penggalak.

Keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat tanggungjawab kerajaan

dr maza
Dr Maza

Dr. Maza mendedahkan bahawa ada beberapa individu yang berkongsi mengenai kesan sampingan selepas mengambil dos ketiga.

Walaupun tak semua yang mengambil dos penggalak menerima komplikasi, namun beliau menegaskan bahawa keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat adalah tanggungjawab kerajaan.

Beliau tidak menafikan peranan vaksin yang memberi penurunan terhadap kes Covid-19, tapi menurutnya, tak ada faedah jika terus hidup dalam penafian jika masyarakat dapat melihat sendiri realiti sebenar yang berlaku.

Bapa Dr Maza masuk hospital

Dr. Maza juga ada menggesa KKM untuk memandang serius dan kaji semua kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mungkin tak sesuai. Hal ini kerana, bapanya telah masuk hospital dan menjadi lemah selepas menerima dos ketiga vaksin Covid-19.

Beliau masih tidak pasti jika punca ayahnya sakit adalah kesan dari dos penggalak ataupun bukan, namun dia berharap KKM dapat membuat sesuatu terhadap setiap kes yang berlaku berkaitan dengan dos penggalak.

Semoga ayahandanya cepat sembuh dan keluarganya dapat mengetahui punca sebenar sakit yang dialami itu.

Kalau betul ia berkaitan dengan kesan sampingan dos penggalak, kerajaan perlulah memainkan peranan dengan menyiasat kes yang berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Kredit: Awani | Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas