Connect with us

Oh! Media

Dr Noor Hisham Sahkan Tidak Alami Sebarang Gejala Selepas Disuntik Vaksin

COVID-19

Dr Noor Hisham Sahkan Tidak Alami Sebarang Gejala Selepas Disuntik Vaksin

Semalam seluruh rakat Malaysia dapat menyaksikan detik bersejarah apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham bersama beberapa pasukan barisan hadapan telah selamat menjalani suntikan vaksin Covid-19.

ADVERTISEMENT

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memberikan perkembangan terkini tentang dirinya yang mengakui tidak mengalami sebarang gejala selepas disuntik.

Alhamdulillah, sehari selepas menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, tiada kesan sampingan yang dialami setakat ini. Sehingga petang ini, tiada gejala demam atau rasa sakit di tempat suntikan dialaminya. – Katanya.

Semalam semua penerima vaksin terawal telah menerima 0.3 milimeter (ml) larutan vaksin dan jarum yang digunakan adalah jarum halus. Jadi untuk korang yang takut jarum tu, janganlah risau ok.

Apapun jangan lupa untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera dan mendaftar untuk penerimaan vaksin ini. #KitaJagaKita

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas