Connect with us

Oh! Media

Berminat Dengan Iklan Kereta Terpakai Di FB, Lelaki Rugi Lebih RM12k

Trending

Berminat Dengan Iklan Kereta Terpakai Di FB, Lelaki Rugi Lebih RM12k

Pengawal keselamatan menjadi mangsa scam dan mengalami kerugian sehingga lebih RM12,000 kerana berniat ingin memiliki dua buah kereta.

ADVERTISEMENT

BACA : Ini Cara Yang Digunakan Scammer Untuk Perdaya Guru Hingga Rugi RM57,850

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 46 tahun itu pada awalnya melihat iklan berkenaan 2 buah kereta terpakai di Facebook FB Auto Export Sg Scrap Car.

Kejadian berlaku pada 14 Ogos lepas semasa mangsa berada di tempat kerja dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof.

Kemudian, mangsa berurusan melalui whatsapp dengan pihak berkenaan untuk membeli kereta Toyota Harrier 2.0 Premium Sunroof Black 2015 dengan harga RM24,000 dan Honda Civic dengan harga RM17,000 secara ansuran.

Mangsa membuat 10 kali pembayaran bagi tujuan deposit pinjaman, insurans, duti kastam, cukai jalan dan proses pertukaran nama untuk dua kereta terbabit berjumlah RM12,240.

Pembayaran telahpun dibuat mangsa ke lima akaun yang berbeza sebelum mangsa menyedari telahpun ditipu apabila kereta yang dibelinya masih belum dapat.

Kemudian, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, dan kes berkenaan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Macam-macam helah yang mereka lakukan untuk mendapatkan keuntungan ‘atas angin’. Apapun, kita semua perlu sentiasa berhati-hati apabila berurusan membeli barangan terutamanya secara online.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas