Connect with us

Oh! Media

Patut Atau Tidak Pegawai Beruniform Jadikan Orang Kena Tuduh Sebagai Content TikTok?

pdrm

Trending

Patut Atau Tidak Pegawai Beruniform Jadikan Orang Kena Tuduh Sebagai Content TikTok?

Keghairahan setiap orang untuk membuat content dan kongsikan di media sosial seperti aplikasi TikTok ni semakin menjadi-jadi pula. Sampaikan benda yang tidak patut dikongsi pun, tetap nak dikongsi semata-mata ingin mendapat perhatian orang. Lebih parah bila ada yang tergamak merakam orang yang tidak dikenali tanpa izin sesuka hati mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Pemandu Mabuk Buat Hal Lagi, Kali Ini Langgar Keluarga Anggota Beruniform!

Sekarang penyakit kejar content ni dilihat dah berjangkit ke pegawai beruniform pula. Ini apabila seorang pegawai tular di media sosial memuatnaik video menunjukkan seorang individu ditahan sebagai Orang Kena Tuduh (OKT) di aplikasi TikTok.

“Sila beri laluan ye… sis nak ke court ni…”

Video berdurasi 39 saat itu menunjukkan seorang wanita beruniform merakam dirinya sendiri dengan kata-kata di atas. Dalam video itu, dia turut menunjukkan suasana di dalam kereta bersama OKT yang dipercayai sedang menuju ke mahkamah.

pdrm

“Sekarang ramai betul penjawat awam tergedik depan kamera rakam diri sendiri”

Itulah antara reaksi netizen yang kurang bersetuju dengan apa yang dilakukan penjawat awam sekarang. Untuk pengetahuan, sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pernah berpesan kepada pegawai dan anggota PDRM untuk tidak bermain aplikasi TikTok ketika bertugas. Ini dilihat sangat tepat kerana ia tidak sesuai dan boleh mencemarkan imej pasukan.

Video seperti menunjukkan anggota sedang menari atau melakukan perkara yang tidak sepatutnya ketika bertugas seolah-olah mengaibkan uniform PDRM.

Bagaiamanapun, sehingga kini masih tiada apa-apa maklumat dari pihak PDRM mengenai apa yang dilakukan anggota mereka. Semoga apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada semua yang bekerja di unit beruniform.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas