Connect with us

Oh! Media

Berang Ditegur, Warga Asing Nekad Ceroboh Rumah Jiran, Ugut Potong Tangan

Trending

Berang Ditegur, Warga Asing Nekad Ceroboh Rumah Jiran, Ugut Potong Tangan

Seorang warga negara Jerman nekad menceroboh rumah jiran selain turut mengugut akan memotong tangan jirannya akibat tidak berpuas hati ditegur olehnya di Taman Desa Permai, Meru Rabu lalu.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Khairi Shafie berkata, mangsa yang berusia kira-kira 40-an yang bimbang akan ancaman yang diterimanya nekad membuat laporan polis pada hari yang sama demi keselamatan diri dan keluarganya.

Mohd Khairi menambah, susulan daripada laporan itu, sepasukan polis dari bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara telah menangkap suspek pada 7 malam pada hari yang sama.

Siasatan awal mendapati mangsa dan isterinya berada di dalam rumah sebelum suspek menceroboh masuk melalui pintu pagar. Suspek juga turut merosakkan tayar kenderaan mangsa yang berada di kawasan rumah mereka.

Kejadian tersebut terjadi oleh sebab mangsa menegur suspek kerana menanam pokok di hadapan rumahnya dan dalam kawasan taman permainan perumahan itu tetapi tidak diuruskan dengan baik.

Suspek juga dipercayai pernah mendapatkan rawatan pesakit psikiatri, bagaimanapun sudah disahkan bebas dari penyakit itu, tetapi kadang-kala tidak dapat mengawal diri.

Suspek yang berusia kira-kira 60-an tidak bekerja tinggal di taman perumahan itu bersama isteri warga tempatan sejak 10 tahun lalu.

Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas rakaman percakapan diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 427/447/506 Kanun Keseksaan. Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya secepat mungkin untuk mendapatkan arahan lanjut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas