Connect with us

Oh! Media

Kes Letup Mesin ATM Di Meru, Polis Percaya Suspek Memang Profesional

Cover Photo Om 1200 X 675 25

Trending

Kes Letup Mesin ATM Di Meru, Polis Percaya Suspek Memang Profesional

Di media sosial semalam, viral rakaman video berdurasi 28 saat memaparkan dua orang penjenayah meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan melarikan RM260,000.

Kejadian yang berlaku di dalam kedai serbaneka di Pekan Meru, semalam dipercayai dilakukan oleh penjenayah yang berkemahiran.

BACA: Rompakan Terancang, Berjaya Larikan Barang Kemas Bernilai 1 Juta

IKLAN

Memetik laporan Harian Metro, kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan pihak polis masih giat memburu suspek. Siasatan lanjut juga dibuat untuk mengenalpasti identiti mereka.

Video viral letup mesin ATM;

@utusantvofficial Min da ejas, ni baru nampak, kalau tak biru ja warna 😅. #fyp #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia ♬ Bella ciao – HUGEL Remix Extended – El Profesor

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner S Vijaya Rao, polis percaya kedua-dua suspek mempunyai kemahiran dan profesional kerana boleh masuk, letup dan pecahkan mesin ATM.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan video berkenaan, suspek dua lelaki berumur sekitar 30 an. Identiti belum dikenal pasti tetapi berdasarkan sedikit perbualan suspek, kemungkinan warga tempatan.

Jelasnya lagi, siasatan awal mendapati penjenayah tidak meninggalkan sebarang bahan letupan atau objek untuk membuat letupan itu.

Polis percaya suspek meletupkan mesin ATM itu dengan menggunakan sejenis gas melalui satu saluran yang disambung terus kepada kereta dinaiki mereka dan tiada bahan letupan (ditinggalkan) di tempat kejadian.

Ketika rompakan, suspek dipercayai menaiki sebuah kereta klon.

Kredit: Harian Metro | Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas