Connect with us

Oh! Media

Bekas Suami Tak Beri Nafkah 15 Tahun, Wanita Ini Dedah Cara Buat Tuntutan

Oh! Tidak

Bekas Suami Tak Beri Nafkah 15 Tahun, Wanita Ini Dedah Cara Buat Tuntutan

Tidak dinafikan, penceraian itu merupakan satu perkara yang pahit untuk ditelan dalam setiap perkahwinan. Namun, siapalah kita untuk menidakkan takdir sekiranya berlaku penceraian itu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Apa Kita Nampak Tak Semestinya Betul” – Peguam Hafidzah Dedah Sikap Sebenar Zarina Anjoulie

Meskipun berpisah, harus diingatkan bahawa si suami itu masih wajib untuk menunaikan kewajipannya memberi nafkah terhadap anak-anaknya. Namun, dapat dilihat sesetengah kaum lelaki yang pura-pura lupa akan tanggungjawab itu.

Wanita tuntut nafkah berjumlah RM78 ribu

Tular di TikTok satu video yang dimuatnaik pengguna @jue_singlemum44 yang membuat tuntutan ke atas bekas suaminya yang tidak memberi nafkah kepada anak mereka.

@jue_singlemum44 bila ex suami xnk bg kerjasama selama 15thn dn pemberian nafkah ank2..klu dr dulu bg kerjasama…xkn jd cmni byk …so hadaplah yea….kwsp die pn xle cover …#cikpuansecurity #🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰 ♬ Che La Luna – Louis Prima

Menerusi video tersebut, dapat dilihat satu lampiran yang menunjukkan bekas suaminya itu tidak memberi nafkah kepada anaknya sebanyak RM78,900.

Di ruangan komen, wanita ini turut berkongsi cara-cara untuk menuntut nafkah sekiranya ia tidak dilunaskan bekas suami kepada warganet.

Netizen sokong tindakan wanita itu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan wanita itu yang bertindak untuk menunut nafkah demi kelangsungan hidup anak-anaknya. Ada juga yang menyelit dengan menasihatkan agar suami-suami diluar sana untuk melunaskan tanggungjawab mereka.

Kredit: TikTok jue_singlemum44

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas