Connect with us

Oh! Media

“Apa Kita Nampak Tak Semestinya Betul” – Peguam Hafidzah Dedah Sikap Sebenar Zarina Anjoulie

Oh! Artis

“Apa Kita Nampak Tak Semestinya Betul” – Peguam Hafidzah Dedah Sikap Sebenar Zarina Anjoulie

Siapa tidak kenal dengan selebriti, Zarina Anjoulie yang sering terpalit kontroversi dan lantang dalam mengeluarkan pendapat.

ADVERTISEMENT

BACA: “Time Kau Susah Siapa Tolong Kau?” – Zarina Anjoulie Selar Ammar Alfian?

Meskipun begitu, dalam persahabatan Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju disifatkan sebagai seorang rakan yang baik.

Perkara itu diakui oleh peguam Hafidzah Hassan menerusi hantaran terbaru di Instagram. Kata peguam ini, dalam banyak-banyak orang yang dia kenal, Anju paling berbudi bahasa dan sering bertanya khabar.

Jika ke rumahnya, Anju suka menjamu pelbagai jenis makanan dan akan memastikan semua orang selesa bersama.

Kawan-kawan kita, staff kita dia sentiasa appreciate dan pastikn mereka berbual dan selesa bersama. Layanan dekat pekerja pun macam kawan, keluarga. Kalau kita bawa anak staff bawa anak semua dibelikannya mainan dorang sorang satu. Itu lah Anju.

Ujarnya lagi, Anju tidak penah ambil kesempatan dan sentiasa berkorban untuk orang lain.

Walaupun memiliki karakter berbeza dan sering bercanggah pendapat, Anju tidak jemu-jemu memberikan semangat kepada peguam ini.

Di akhir hantaran, peguam ini meluahkan rasa sayang dan mendoakan semoga Allah SWT merahmatinya sekeluarga.

Kredit: Peguam Hafidzah Hassan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas