Connect with us

Trending

Bapa Menangis Tengok Anak Kena Baham Buaya Depan Mata, Soalan Perakam Buat Netizen Berang

Viral di media sosial hari ini video memaparkan seorang bapa hanya mampu menangis selepas anaknya menjadi mangsa dibaham buaya.

Dalam kejadian di Lahad Datu Sabah itu, kelihatan badan si bapa luka teruk dipercayai disambar buaya ketika menjalankan aktiviti mendayung perahu di kawasan laut.

IKLAN

Menurut kenyataan Balai Bomba & Penyelamat Lahad Datu, seorang mangsa berjaya diselamatkan orang awam manakala seorang lagi belum ditemui. Mangsa yang berjaya diselamatkan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

@lenny_2547

Ayah mangsa turut mengalami luka akibat pergelutan dengan buaya dalam usaha menyelamatkan anaknya

♬ Lagu Sedih – Muhammad abdul jafar

Sementara itu, viral satu lagi video memaparkan bapa menangis meratapi pemergian si anak. Namun, soalan perakam yang seolah-olah tak sensitif dengan situasi bapa membuatkan netizen berang.

Siapa suruh kau lari tadi kan sudah dimakan buaya? – soal perakam.

Di ruangan komen, orang ramai mendoakan semoga si bapa kuat menghadapi ujian yang menimpanya.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas