Connect with us

Oh! Media

Anggota Polis Kantoi Minta Wang Dari Warga Palestin Di SJR?

Trending

Anggota Polis Kantoi Minta Wang Dari Warga Palestin Di SJR?

Seorang anggota polis didakwa kantoi meminta wang daripada warga Palestin yang ditahan dalam sekatan jalan raya di Batu 7, Jalan Gombak Lama.

ADVERTISEMENT

BACA : Jadikan Bilik Di Balai Polis Sebagai ‘Disko’, 4 Anggota Polis Ditahan Bersama 4 Orang Wanita Awam

Menurut laporan Utusan Malaysia, anggota berkenaan telahpun ditahan bagi membantu siasatan dan kejadian dikatakan berlaku pada Sabtu lepas selepas mangsa sendiri membuag laporan polis.

Warga Palestin yang merupakan seorang pelajar ini pada awalnya dalam perjalanan ke universiti awam di Gombak bersama bapanya telah ditahan di SJR di hadapan SK Gombak Utara, Batu 7, Jalan Gombak. 

Hasil pemeriksaan di SJR berkenaan mendapati bahawa bapa mangsa tidak membawa passport sebelum anggota berkenaan menerima sejumlah wang bagi melepaskan bapa mangsa sekiranya tidak ingin diambil tindakan.

Anggota polis berusia 22 tahun itu telah ditahan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan pemerasan.

Anggota tersebut dikatakan menerima sejumlah wang bagi melepaskan bapa mangsa daripada mengambil tindakan atas kegagalan menunjukkan pasport yang sah.

Orang awam yang mempunyai maklumat tambahan berhubung kes ini boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohd. Fildza Bin Che Ibrahim di talian nombor 03 – 61262222 atau 016 – 9537372.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas