Connect with us

Oh! Media

Jadikan Bilik Di Balai Polis Sebagai ‘Disko’, 4 Anggota Polis Ditahan Bersama 4 Orang Wanita Awam

Trending

Jadikan Bilik Di Balai Polis Sebagai ‘Disko’, 4 Anggota Polis Ditahan Bersama 4 Orang Wanita Awam

Tindakan beberapa anggota polis yang menjadikan bilik di sebuah balai polis di Daerah Kajang sebagai ‘Disko’ membawa padah apabila mereka ditahan semalam selepas serbuan dibuat.

ADVERTISEMENT

Hasil serbuan itu, seorang Ketua Balai Polis (OCS) bersama tiga anggotanya serta empat wanita orang awam ditahan selepas terlibat dalam kejadian ‘Balai Polis Disko’ itu.

Menurut Harian Metro, serbuan dibuat oleh Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman kira-kira 6 petang selepas menerima maklumat awam.

Suspek ditahan ketika sedang menari sambil berhibur dengan minuman keras serta meminum air ketum di dalam bilik di tingkat dua balai berkenaan. Suasana dalam bilik berkenaan juga saling tak tumpah seperti dalam kelab malam apabila terdapat sebuah lampu berputar yang dipasang dalam bilik berkenaan.

Pasukan serbuan telah menahan OCS berpangkat Sub-Inspektor, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan serta empat wanita dalam kalangan orang awam berusia antara 21 hingga 37 tahun.

Hasil serbuan juga turut merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon, televisyen, lima botol air ketum serta gambar lucah membabitkan seorang anggota yang ditahan bersama seorang wanita.

Berhubung kejadian itu, Pengarah JIPS, Datuk Azri Ahmad berkata, polis memandang serius berkaitan salah laku yang dilakukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan serbuan dibuat bagi memastikan balai polis tidak dicemari dengan kegiatan tidak bermoral.

Tambah beliau, polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan tindakan tegas akan diambil terhadap suspek yang terlibat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas