Connect with us

Oh! Media

Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Dan Angin Kencang Di 5 Negeri Dikeluarkan Met Malaysia

met malaysia

Trending

Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Dan Angin Kencang Di 5 Negeri Dikeluarkan Met Malaysia

Sama-sama kita doakan agar Malaysia dijauhkan dari sebarang bencana alam yang lebih teruk. Kami meminta anda semua untuk berdoa selepas Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan satu lagi amaran ribut petir yang akan berlaku di perairan lima negeri hari ini.

ADVERTISEMENT

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang ini dijangka berlaku di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Sabah Timur. Keadaan ini akan berlaku sehingga jam 9 malam ini.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang sehingga Ahad, 26 Disember ini. 

Disebabkan itu, nelayan yang menggunakan bot-bot kecil dinasihatkan untuk tidak turun ke laut yang bergelora kerana sangat bahaya.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas