Connect with us

Oh! Media

Ahli Politik Dicekup Polis Kerana Proses Dan Edar Dadah Sendiri

Oh! Tidak

Ahli Politik Dicekup Polis Kerana Proses Dan Edar Dadah Sendiri

Selalu kita dengar kes orang awam yang terlibat dengan dadah. Tapi, siapa sangka kali ini pihak polis berjaya cekup seorang ahli politik kerana disyaki terlibat dengan kegiatan salah yang sama.

ADVERTISEMENT

Ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang juga ahli perniagaan berusia 35 tahun itu telah ditahan polis dalam satu serbuan yang dibuat Rabu lalu. Suspek dipercayai telah mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, polis telah merampas 40 botol mengandungi 400ml cecair dadah, wang tunai RM250 dan sebuah motosikal hasil dari pemeriksaan pertama.

“Hasil daripada tangkapan itu, kami membuat satu lagi serbuan di rumah suspek yang terletak di Ampang, Selangor sekitar jam 1 pagi semalam dan berjaya membawa kepada penemuan tujuh pokok ganja serta dua anak pokok ganja.” – katanya.

Pihak polis juga telah berjaya merampas 1500 gram dadah, 3000ml cecair dadah, cecair kimia, ganja, tempat siram pokok ganja dan sebuah BMW dipercayai milik suspek. Jumlah keseluruhan rampasan dipercayai bernilai RM60,760.

Hasil soal siasat, suspek mengaku telah terlibat dalam kegiatan haram tersebut sejak Oktober 2020. Suspek juga mengaku yang dirinya proses dadah itu sendiri sebelum menjualnya ke luar negara dengan harga RM300 sebotol. Suspek telah ditahan reman selama 7 hari mulai semalam dan disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 6B akta sama.

Kredit: Malaysiagazette

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top