Connect with us

Oh! Media

(Video) Wanita Tampil Tunjuk Bukti CCTV, Selepas Disaman Kerana Tidak Memakai Pelitup Muka

Trending

(Video) Wanita Tampil Tunjuk Bukti CCTV, Selepas Disaman Kerana Tidak Memakai Pelitup Muka

Sejak pelaksanaan semula PKP ni, SOP menjadi semakin ketat dan baru-baru ni pula ada seorang perempuan yang didenda RM1,000 dan di dakwa oleh polis kerana tidak memakai pelitup muka ditempat sesak ketika dia keluar dari kereta.

ADVERTISEMENT

Wanita itu dikatakan cuba untuk menyatakan bahawa dia tidak bersalah dengan menunjukkan rakaman CCTV bagi menyangkal dakwaan polis bahawa ada orang lain berdekatan dengannya ketika kejadian.

Wanita yang dikenali sebagai Nur Izzati Aqilah Lokam Hakim, telah berkongsi rakaman CCTV itu menerusi akaun Twitter miliknya. Dalam rakaman itu dia dilihat berada di tempat letak kereta yang agak kosong dan hanya beberapa kenderaan sahaja dan tiada orang lain.

Rakaman itu turut menunjukkan seorang perempuan keluar dari kereta sebelum sebuah kereta polis berhenti dengan seorang anggota mendekatinya.

Nur Izzati berkata dia didenda di depan kafenya di Segamat, Johor pada 20 Jan lalu kerana tidak memakai pelitup muka. Dia yang pada waktu kejadian berlaku sedang mengeluarkan anaknya dari kereta dan tiada orang lain di sekitar.

Anda bayangkan, saya baru keluar dari kereta dan nak ambil anak di tempat dduk sebelah.

Bukan tempat sesak. Kafe saya pun tak buka lagi tapi (polis) saman saya sebab saya bukan ahli politik. Kedai keliling kafe saya semua tutup!. – Kata Nur Izzati.

Menurut Nur Izzati, selain anggota polis, hanya dia dan anak-anaknya yang ada di situ.

Katanya, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob sendiri pada 15 Dis lalu berkata pelitup muka tidak wajib jika individu itu hanya berseorangan atau bukan di tempat sesak.

Kenyataan Ketua Polis Johor

Bagaimanapun Polis Johor semalam mempertahankan denda yang dikenakan dan berkata ada orang lain di kawasan itu ketika kejadian.

Siasatan dilakukan mendapati semasa kejadian, ramai pengunjung yang mengunjungi kedai dan premis yang berhampiran kawasan tersebut.

Ketika itu, bersama individu berusia 29 tahun itu ialah seorang wanita yang bekerja di kafe tersebut tetapi memakai pelitup muka.

Kenyataan individu ini menyatakan di kawasan tersebut tiada orang dan tiada kesesakan adalah tidak benar sama sekali. – Kata Ketua Polis Johor Ayub Khan Mydin Pitchay.

Ditanya berkenaan rakaman CCTV itu hari ini, Ayub ketika dihubungi berkata Polis Johor tidak akan membuat sebarang komen lanjut berkenaan kes ini.

Nur Izzati pada mulanya berkata dia mahu membuat bantahan terhadap denda itu tetapi kini menerimanya setelah merasakan ia tidak akan membuahkan hasil.

Nampaknya kes saya ini macam tak ada future saja…Saya reda, tunggu mahkamah Yang Maha Esa sajalah. – Tulisnya di Twitter.

Tapi setakat sekarang masih tiada lagi kita dengar laporan mengenai ahli-ahli politik yang didenda sebab tidak memakai pelitup muka, atau didenda sebab memakainya secara salah….hmm

Kredit: Nur Izzati, Sinar Harian

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas