Connect with us

Oh! Media

2 Maut, Lebih 160 Cedera Tempat Duduk Di Rumah Ibadat Yahudi Runtuh

Trending

2 Maut, Lebih 160 Cedera Tempat Duduk Di Rumah Ibadat Yahudi Runtuh

Dua orang terbunuh manakala 167 orang cedera apabila tempat duduk grandstand di rumah ibadat perkampungan Israel Givat Zeev runtuh.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Kosmo!, jurucakap perkhidmatan kecemasan melalui saluran Israel mengesahkan kejadian tersebut berlaku ketika beratus-ratus orang berkumpul untuk pesta Shavuot Yahudi Ahad lalu.

Kredit foto: dailymail/reuters

Menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan, bencana, ambulans dan tabung darah nasional Israel, Magen David Adom, dua yang maut adalah seorang lelaki berusia 40 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun. Tambahnya lagi, seramai 167 orang dikejarkan ke hospital di mana lima di antaranya cedera parah.

Kredit foto: dailymail/reuters

Difahamkan, tempat duduk bertingkat yang runtuh tersebut tidak kukuh kerana masih dalam pembinaan. Malah, Komander Polis Yerusalem Doron Tourgeman menegaskan berdoa di bangunan tersebut adalah dilarang.

Kredit: Kosmo! , dailymail

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas