Connect with us

Oh! Media

“Kalau Tak Post Apa-apa, Tak Bermakna Dia Tidak Kisah Atau Tidak Peduli” – Zahiril Bidas Dakwaan Netizen

Trending

“Kalau Tak Post Apa-apa, Tak Bermakna Dia Tidak Kisah Atau Tidak Peduli” – Zahiril Bidas Dakwaan Netizen

Pelakon Zahiril Adzim, 37, menyatakan bahawa masing-masing ada cara tersendiri untuk menunjukkan keprihatinan terhadap nasib yang melanda rakyat Palestin tanpa perlunya memuat naik posting di media sosial. 

ADVERTISEMENT

Zahiril atau nama sebenarnya Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar berkata orang ramai tidak seharusnya membuat andaian dan menyindir yang menganggap bahawa seseorang itu tidak mengambil peduli hanya kerana tidak berkongsi apa-apa mengenai situasi tersebut.

“Kalau orang itu tak kongsi apa-apa mengenai isu Palestin di platform media sosial dia, tak bererti dia tak kisah dan tak peduli.

“Tak payah kamu marah, kecam atau menganjing (menyindir). Jangan acah-acah. Relaks. Tenang.

“Masing-masing ada cara tersendiri. Mungkin dia pulun (berhabisan) dengan doa atau dia belanjakan wang ringgit dia untuk sumbangan secara diam,” katanya.

Melalui petikan di Instagram Story beliau, pelakon itu menyarankan semua agar bersatu dan bukannya memperbesarkan isu yang remeh temeh seperti ini.

“Bukan semua orang menghadap media sosial 24 jam macam kamu. Ini waktu umat Islam bersatu. Tak perlu bangkitkan isu remeh-temeh macam ni untuk berpecah-belah.

“Serius dik, jangan jadi Melayu bodoh waktu-waktu macam ini. Kita sama-sama berjuang cara kita okay? ‘Peace’,” katanya.

Sejak isu Palestin ini berlaku, ramai golongan artis menggunakan platform mereka untuk menyuarakan rasa tidak puas hati dan mengutuk perbuatan keji yang dilakukan oleh rejim zionis itu.

Kredit : HarianMetro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas