Connect with us

Oh! Media

100 Ekor Kucing Ditemui Mati Di Kediaman Lelaki Yang Kesunyian

100 ekor

Trending

100 Ekor Kucing Ditemui Mati Di Kediaman Lelaki Yang Kesunyian

Membela kucing merupakan satu perbuatan yang sangat mulia, lebih lebih lagi apabila kucing-kucing tersebut dijaga dan diberi makan minum dengan sempurna. Kejadian di Nice, Perancis, 100 ekor kucing ditemui mati di kediaman seorang pesara.

ADVERTISEMENT

BACA: Penyewa Dari ‘Neraka’ Tinggalkan Rumah Kotor, Siap Ada Bangkai Kucing!

Menerusi Harian Metro, anak saudara lelaki kepada pesara itu telah memaklumkan hal ini kepada persatuan perlindungan haiwan selepas dia memasuki kediaman bapa saudaranya itu selepas dimasukkan ke hospital di Nice.

Selain bangkai tikus, ada juga bangkai tupai, tikus dan rahang anjing

100 ekor
Gambar hiasan

Sukarelawan bukan sahaja menemukan bangkai kira-kira 100 ekor kucing, namun ada juga bangkai tupai, tikus dan juga rahang anjing. Sebahagian besar kucing yang ditemui mati itu disimpan dalam bekas plastik atau kayu yang tertutup.

Tak cukup dengan berita sedih itu, lebih 20 ekor kucing di kediaman milik lelaki berusia 81 tahun itu telah kekurangan zat. Nasib baik ada sukarelawan ini, mereka telah menghantar kucing-kucing tersebut di tempat perlindungan dan klinik haiwan.

Berdasarkan keadaan kucing-kucing itu, ia dimasukkan ke dalam bekas bertutup itu selepas mati.

Namun, kami jangka ada sekurang-kurangnya dua ekor kucing dimasukkan (ke dalam bekas) hidup-hidup. – Presiden persatuan La Tribu du Fourmilier, Philippe Desjacques.

Desjacques juga menyatakan lelaki tua tersebut menghidap sindrom Noah, dimana dia mempunyai tabiat untuk mengumpul haiwan yang berpunca akibat dari kesunyian hidupnya. Sindrom ini juga dikaitkan dengan sindrom Diogenes yang mempunyai tabiat suka kumpul barang.

Pihaknya telah memfailkan tuduhan kepada lelaki tersebut atas dakwaan pengabaian haiwan.

Sedih bila dengar nasib-nasib kucing yang terabai ini. Dah la banyak yang mati, ada pula yang disimpan dalam bekas hidup-hidup. Sungguh kejam kalau orang yang buat tu..

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas