Connect with us

Oh! Media

Penyewa Dari ‘Neraka’ Tinggalkan Rumah Kotor, Siap Ada Bangkai Kucing!

Trending

Penyewa Dari ‘Neraka’ Tinggalkan Rumah Kotor, Siap Ada Bangkai Kucing!

Sudah menjadi tanggungjawab penyewa rumah menjaga harta benda dengan baik. Janganlah pula mengambil lewa sehingga mengabaikan kebersihan serta merosakkan harta benda rumah yang disewa.

ADVERTISEMENT

BACA: [FOTO] Penangan PKP, Penyewa Lari Tinggal Rumah Penuh ‘Sampah’!

Seperti kisah yang dikongsi pengguna Facebook ini, dia sama sekali tidak menyangka akan berhadapan pengalaman penyewa dari ‘neraka’.

Mana tidaknya, selain rumah ditinggalkan dalam keadaan kotor dan rosak, terdapat juga bangkai kucing yang mati akibat tidak dijaga.

Selalu terbaca penyewa dari neraka. Kali ini saya mengalami sendiri. Allahuakbar yang penting sabar je la. Dari 3 bulan lepas asal nak datang viewings rumah ni je penyewa beri seribu satu alasan nak bagi kita orang masuk. Tapi dapat juga masuk memang tahu penyewa ada bela kucing.

Kata lelaki ini, sejak tiga bulan lalu, penyewa memberi seribu satu alasan ketika diminta kebenaran untuk melihat rumah. Akhirnya pemilik berjaya masuk selepas notis sebulan untuk mengosongkan rumah dikeluarkan.

Sebelum ini pun dia punya kotor jangan cakap la, nasib SOP kena pakai mask jadi tak la bau sangat. Kalau tak boleh hilang selera makan haha. Selepas sebulan yang lepas kita notice kan penyewa untuk keluar dan kosongkan rumah sebab rumah ni saya dah jual.

Memang agak liat la dia nak keluar. Macam-maca alasannya. Last-last dia keluar juga tapiiiiii biar gambar berbicara.! Kesian kucing tu kalau dah tak boleh bela lepaskan je la sampai yang tinggal tulang pun ada Allahu.. macam mana hidup nak berkat dik oiii.

Namun, korang nilai sendirilah keadaan rumah yang ditinggalkan itu. Sudahlah kotor, kucing juga ditinggalkan sehingga mati. Memang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Posting asal

Kredit: Facebook khirmanullah.ae

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas