Trending
AFF Suzuki 2020: Penalti Kemboja Cetus Kontroversi, De Paula ‘Koyak’ Digantikan
Skuad Harimau Malaya memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2020 dengan langkah kanan selepas berjaya menewaskan Kemboja dengan skor 3-1 di Stadium Bishan, Singapura semalam.
BACA: Aksi Longlai Ketika Bertemu UAE, Peminat Gesa Lucut Kerakyatan De Paula
Tiga pemain Malaysia, Safawi Rasyid, Akhyar dan Kogileswaran Raj menjadi wira skuad kendalian Tan Cheng Hoe apabila masing-masing menyumbatkan satu gol untuk mengesahkan kemenangan.
Kemboja yang menduduki ranking ke-170 dunia bagaimanapun berjaya meraih satu gol saguhati menerusi sepakan penalti pada minit ke-89 dan keputusan 3-1 kekal hingga tamat perlawanan.
Penalti Kemboja cetus kontroversi, Apek terima kad kuning
Dalam pada itu, terdapat perkara pelik ketika perlawanan apabila pengadil dari Arab Saudi, Alhunfush Shukri Hussain menghadiahkan sepakan penalti kepada Kemboja pada hujung permainan.
Hal itu selepas penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat dituduh mengasari pemain Kemboja walaupun lonjakan kakinya tidak terlalu bahaya dan ia merupakan rutin setiap penjaga gol untuk menangkap bola tinggi.
Menerusi video tersebut, pemain Kemboja dilihat dengan sengaja melanggar Apek sehingga terjatuh dan akhirnya diberikan sepakan penalti serta pemain baharu Sabah FC itu turut menerima kad kuning.
Walaupun insiden tersebut dianggap kontroversi, namun gol tunggal Sath Rosib masih tidak mampu untuk menghalang skuad negara membawa pulang 3 mata penuh.
De Paula curi perhatian, bengang selepas digantikan
Selain dari kontroversi penalti Kemboja, pemain naturalisasi Malaysia, Guilherme De Paula sekali lagi mencuri perhatian apabila kelihatan sedikit bengang apabila dikeluarkan pada minit ke-65.
Menerusi hantaran di laman Twitter milik Gabe Tan, beliau menyatakan penyerang negara itu kelihatan merenung tajam kearah penyokong Malaysia sebelum turut membaling botol air semasa berada dibangku simpanan.
Guilherme not happy after being substituted. For some reason decided to stare down the 🇲🇾 Malaysian fans that were giving him a round of applause despite his display, before throwing a bottle at the bench.
— Gabe Tan (@gabetan13) December 6, 2021
Not sure what the fans did wrong. #AFFSuzukiCup #AFFSuzukiCup2020
Berhubung dengan perkara itu, Tan Cheng Hoe turut memberikan reaksi terhadap perkara itu ketika sesi sidang media sejurus selepas tamat perlawanan.
Saya akan uruskan perkara itu, Dia telah memberikan yang terbaik dalam latihan dan sangat komited. Kadang-kandang ia mampu memberikan tekanan oleh kerana dia gagal mencipta sebarang gol.
Saya yakin bahawa De Paula cukup matang dan saya berharap dia mampu menunjukkan contoh yang baik kepada ahli pasukan negara.
TCH on Guilherme:
— Gabe Tan (@gabetan13) December 6, 2021
“I will handle this matter. He’s giving his best in training + very committed. Sometimes this is frustration because he couldn’t get a goal.
“I’m sure De Paula is mature enough, hope he can set a good example for the team.”#AFFSuzukiCup #AFFSuzukiCup2020
Bagaimanapun, peminat bola sepak turut berharap agar perkara tersebut tidak mengganggu semangat skuad negara untuk mengharungi aksi kedua menentang Laos di stadium sama pada Khamis ini.
Kredit: Harian Metro I Twitter Gabe Tan
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM