Connect with us

Oh! Media

Tengku Zafrul Rasa Lucu Bila Didakwa Beli Nasi Ganja Guna Helikopter

Oh! Negara

Tengku Zafrul Rasa Lucu Bila Didakwa Beli Nasi Ganja Guna Helikopter

Baru-baru ini tersebar satu gambar menunjukkan sebuah helikopter dipercayai dari Kuala Lumpur telah mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil pesanan 36 bungkus Nasi Ganja Ipoh yang popular di sana.

ADVERTISEMENT

Akan tetapi, nama Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pula telah dikaitkan dengan tempahan ini apabila tersebar di aplikasi WhatsApp menunjukkan dirinya sedang menikmati Nasi Ganja Ipoh. Tengku Zafrul bagaimanapun tampil menafikan perkara tersebut dan mengesahkan ia palsu.

Lucu bila terima forwarded WhatsApp message kononnya saya order nasi ganja Ipoh guna helicopter. Mereka guna gambar lama saya makan nasi vanggey pada Dis 2020, tapi crop tarikh. – Jelasnya.

Gambar tersebut telah digunakan individu tidak bertanggungjawab untuk memburukkan namanya. Tengku Zafrul bagaimanapun, turut merasakan jika dia betul mahu melakukan pesanan Nasi Ganja Ipoh, lebih baik dia menggunakan delivery service yang lebih menguntungkan peniaga kecil.

Saya sebenarnya dah lama tak makan nasi vanggey, tapi dari order guna helikopter, baik guna delivery service yang banyak ada macam Nasi Kandaq Transporter, Nasi Kandaq Runner etc, boleh juga bantu usahawan kecil. – Tulisnya lagi.

Nampak tak betapa bahayanya fitnah zaman sekarang? Gigih betul sampai kena edit tarikh posting asal orang. Apapun, semoga penjelasan ini menjawab dan hentikan sebarkan maklumat palsu.

Kredit: Facebook Tengku Zafrul

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas