Connect with us

Oh! Media

Sultan Selangor Beli Lukisan, Mujahid Tak Setuju Ahli Parlimen Disamakan Dengan Beruk Dan Katak

mujahid

Oh! Negara

Sultan Selangor Beli Lukisan, Mujahid Tak Setuju Ahli Parlimen Disamakan Dengan Beruk Dan Katak

Baru-baru ini tersebar sebuah hasil karya seni lukisan yang berjaya menarik minat DYMM Sultan Selangor. Baginda dikatakan terus berkenan untuk membeli lukisan itu sebaik sahaja melihatnya.

ADVERTISEMENT

Dalam lukisan itu, kita dapat melihat gambar haiwan seperti monyet, beruk dan katak yang sedang duduk dalam Parlimen.

May be an image of 1 person, standing and indoor
May be an image of indoor

Mujadih tak puas hati Ahli Parlimen disamakan dengan beruk dan katak…

Memetik laporan Malaysia Gazette, Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan dirinya sangat tidak setuju dengan sebuah lukisan yang dibeli Sultan Selangor kerana menyamakan Ahli Parlimen sebagai beruk dan katak.

Sebagai seorang Ahli Parlimen muslim, saya turut protes satira politik ini kerana ia melanggar etika dan adab berpandukan nilai-nilai dalam al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W.

Surah Hujurat ayat ke-11 jelas melarang mencemuh dan merendah-rendahkan sesuatu golongan serta melarang gelar-menggelar dengan panggilan yang buruk (dalam hal ini lebih buruk, sebuah lukisan)

Menghukum Ahli Parlimen sebagai haiwan agak keterlaluan

Satira dalam apa jua bentuknya perlulah menghormati adab-adab seorang muslim. Ahli legaslatif adalah nama kepada tugas mulia yang diamanahkan. Biarpun masyarakat lebih selesa memanggil kami Ahli Parlimen atau YB (Yang Berhormat). Syarat untuk layak sebagai ahli legaslatif bagi Dewan Rakyat ialah seseorang perlu memenangi kawasan parlimen atau konstituensi yang ditandinginya dengan majoriti mudah.

Keberadaan mana-mana Ahli Parlimen dalam dewan adalah mewakili kelebihan undi diperolehinya secara demokrasi pilihanraya yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Pengundinya yang akan ‘menghukum’ atau ‘memberi kredit’ kepada wakil-wakil mereka berpandukan kepada prestasi masing-masing.

Mujahid bagaimanapun tidak menghalang dan menerima dasar keterbukaan dalam negara. Akan tetapi, dia tidak bersetuju dengan sikap pelukis yang dengan jelas melabel dan menghina semua Ahli Parlimen.

Kredit: Malaysia Gazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas