Connect with us

Oh! Media

“Saya Nak Pulang, Sebab Tu Tutup Pintu” – Ismail Sabri Ulas Gambar Yang Dimuat Naiknya

Oh! Negara

“Saya Nak Pulang, Sebab Tu Tutup Pintu” – Ismail Sabri Ulas Gambar Yang Dimuat Naiknya

Baru-baru masyarakat Malaysia dikejutkan dengan sebuah gambar yang dimuat naik oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laman Facebooknya berkenaan sedang menutup pintu sehingga menyebabkan netizen tertanya-tanya apakah maksud tersirat daripada gambar tersebut.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Berita Harian, ketika sidang media secara maya sempena Pelancaran Pembinaan Hospital Modular COVID-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, beliau mengatakan mahu menutup pintu itu kerana ingin pulang.

Saya nak pulang (sudah habis kerja), sebab itu tutup pintu.

Melaluinya kenyataannya itu sedikit sebanyak mampu memberitahu masyarkat Malaysia tentang persoalan yang mereka ingin tahu selama ini.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat sebuah hantaran mengenai gambarnya sedang menutup pintu dengan kepsyen “Saya dan tutup pintu depan tapi…” sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen, terutama ketika negara kini sedang menjalani Sekatan Pergerakan Penuh dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa komen yang memuji usaha beliau dalam menyekat penularan Covid-19 daripada terus menular di negara ini.

Setakat ini, hantaran terbabit mendapat lebih 74,000 tanda suka dan lebih 13,000 perkongsian.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas