Connect with us

Oh! Media

Rafizi Ramli Perjelas Penurunan Harga Runcit Bahan Api Perlu Lebih Banyak Masa

Oh! Negara

Rafizi Ramli Perjelas Penurunan Harga Runcit Bahan Api Perlu Lebih Banyak Masa

Pasti ramai yang berharap agar harga runcit bahan api diturunkan selepas kerajaan baru ditubuhkan betuk tak?

ADVERTISEMENT

Menerusi laporan Harian Metro, keputusan mengenai penurunan harga runcit bagi bahan api perlukan lebih banyak masa lagi disebabkan trend penurunan harga miyak mentah global semasa.

Bukan tu jer, terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira kerajaan termasuk keupayaan kewangan semasa dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Selain itu kita perlu mengambil kira peruntukan untuk aktiviti ekonomi negara yang akan beri kesan berganda. Kita perlu lihat kepada keadaan ekonomi sekarang.

Kita juga kena tengok berapa sebenarnya pendapatan yang kita ada sekarang dan kalau kita nak ubah harga siling RM2.05 seliter berapa banyak peruntukan tambahan yang kita kena buat.

Persoalannya, harga minyak mentah global semasa berlegar antara AS$83 (RM363.88) hingga AS$85 (RM372.64) setong dan ada yang mengatakan harga minyak mentah jatuh sejak empat dan lima bulan lalu selepas melepasi paras harga AS$100 (RM438.40) setong.

Oleh itu, apabila harga (minyak mentah global) turun, adakah cukup untuk kita menurunkan harga runcit bahan api, sudah tentu bagi mereka yang memahami sektor minyak dan gas dia akan bertanya soalan itu.

Harga mingguan RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter manakala RON97 mencatatkan penurunan sebanyak 10 sen daripada RM3.95 kepada RM3.85 seliter.

Semua ini perlukan lebih banyak masa untuk kita tengok satu persatu kerana bila kita sertai organisasi atau pengurusan baharu sama ada kerajaan atau syarikat kita bukan masuk dan buang semua.

Kita ada hala tuju tapi kena tengok apa yang ada, mana yang baik dan boleh diperbaiki. Fokus mana yang kita rasa tak boleh dan buang untuk perkenalkan yang baru dan sudah tentu ia memerlukan satu proses yang memakan masa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas