Connect with us

Oh! Media

Permulaan Pemerintahan Diktator, Mas Ermieyati Bantah MOU Anwar Ibrahim

Oh! Negara

Permulaan Pemerintahan Diktator, Mas Ermieyati Bantah MOU Anwar Ibrahim

Bekas menteri, Mas Ermieyati Samsudin mendakwa memorandum persefahaman (MOU) milik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa parti yang lain sebagai permulaan pemerintahan diktator.

ADVERTISEMENT

BACA: Anwar Ibrahim Dakwa Dirinya Diberi Mandat Ketika Negara Berhutang Lebih RM1 Trilion

Mas Ermieyati berkata sedemikian kerana dalam Klausa 4 MOU, kesemua ahli parlimen wajib menyokong Perdana Menteri dalam setiap usul kepercayaan dan rang undang-undang bekalan termasuk usul berkaitan kepercayaan parti PH dan BN.

Bantah MOU

Beliau juga menambah dalam Klausa (b), sekiranya ada Ahli Parlimen Kerajaan yang gagal mengundi seperti yang diarahkan, mereka dianggap telah mengosongkan kerusi parlimen mereka berdasarkan Artikel 49A Perlembagaan Persekutuan.

Perjanjian ini adalah haram, tidak berpelembagaan, merbahaya dan tidak boleh diperkuatkuasakan. Artikel 49A tidak boleh menyebabkan mana-mana kerusi dikosongkan atas alasan cara Ahli Parlimen mengundi. Tidak ada apa-apa perkara seperti itu di dalam Artikel 49A. Ia hanya merangkumi situasi di mana seseorang Ahli Parlimen tersebut meletakkan jawatan atau berhenti menjadi ahli partinya.

Mas Ermieyati menegaskan bahawa jawatankuasa pilihan khas menimbang rang undang-undang anti lompat parti telah mengarahkan bahawa mana-mana Ahli Parlimen yang tidak mengundi mengikut arahan parti tidak akan hilang kerusinya di bawah Artikel 49A.

Tidak mungkin Anwar dan pimpinan Umno tidak tahu berkenaan laporan jawatankuasa bipartisan ini. Jelas, mereka secara tidak jujur memilih untuk mengendahkannya dalam satu tindakan terdesak untuk menakutkan dan mengugut ahli parlimen mereka sendiri untuk menurut kehendak parti, walaupun ianya membawa kepada kemudaratan terhadap demokrasi berparlimen

Tambahan, Mas Ermieyati memberitahu bahawa Perlembagaan Persekutuan memberi kebebasan mutlak kepada ahli parlimen untuk mengundi, dan MOU yang diberikan oleh Anwar dianggap sebagai ugutan.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas