Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Dakwa Dirinya Diberi Mandat Ketika Negara Berhutang Lebih RM1 Trilion

anwar ibrahim

Oh! Negara

Anwar Ibrahim Dakwa Dirinya Diberi Mandat Ketika Negara Berhutang Lebih RM1 Trilion

Mesti ramai tak sangka hutang negara kita sekarang sudahpun mencapai lebih RM1 trilion. Itulah apa yang didedahkan oleh Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ADVERTISEMENT

Anwar turut mendakwa jumlah hutang sebanyak itu terkumpul akibat beberapa kebocoran daripada beberapa agensi dan beliau menegaskan perkara itu benar dan bukannya fitnah politik.

Ini bukan fitnah!

Saya kebetulan diberi mandat dalam keadaan hutangnya lebih daripada satu trilion ringgit daripada setiap agensi yang harus teliti di mana bocor dan tirisnya. Ini bukan fitnah.

Jadi saya lihat umapamanya diluluskan dengan cara spontan, projek-projek tebatan banjir dan syarikat-syarikat dipertikai serta beberapa persoalan tidak dijawab saya minta ditangguhkan, diteliti semula.

Disebabkan perkara ini, Anwar meminta agar rakyat faham mengapa beberapa projek perlu ditangguhkan dahulu.

Yang menjadi mangsa itu orang miskin dan majoriti yang miskin itu orang Melayu. Disebabkan itu kita nak belanjakan, kita kena teliti kerana ini merupakan soal tadbir urus.

Kita berilah peluang kepada Kerajaan Perpaduan ini mentadbir negara menjadi lebih baik.

Kredit: Awani

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas