Connect with us

Oh! Media

“Nak Jadi Macam Sabah?” – Pakar Perubatan Cadang PRN Di Melaka Ditangguhkan

Oh! Negara

“Nak Jadi Macam Sabah?” – Pakar Perubatan Cadang PRN Di Melaka Ditangguhkan

Umum mengetahui, kemelut politik yang melanda negeri Melaka dilihat semakin terumbang-ambing selepas empat ADUN menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ia Cuma Satu Pembaziran” – Pakar Perubatan Sifatkan Program Sanitasi Hanya Membazirkan Wang

Menurut ADUN Sungai Udang, penarikan sokong itu berikutan ketidakyakinan mereka terhadap beberapa keputusan kerajaan negeri yang tidak dilaksanakan dengan sempurna.

Oleh itu, Presiden UMNO, Zahid Hamidi mencadangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan di Melaka bagi memberi semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Pakar Perubatan cadang PRN di Melaka ditangguhkan

Namun cadangan itu dibantah oleh Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin apabila diminta mengulas mengenai kemelut politik Melaka.

Menurutnya, pelaksanaan PRN dalam masa terdekat akan mengundang risiko jangkitan dan kluster baharu memandangkan angka jangkitan masih tinggi.

Tambahnya, kluster yang pernah berlaku selepas PRN di Sabah tahun lalu wajar dijadikan pengajaran dan mengharapkan ia tidak berlaku di Melaka.

Kalau boleh tangguh (PRN) sehingga situasi wabak pandemik lebih baik dan rentas negeri dibenarkan.

Jika terpaksa diadakan (PRN Melaka), perlu ada SOP ketat. Seelok-eloknya jangan buat kempen secara bersemuka dari rumah ke rumah atau berkumpulan dan perhimpunan yang menyukarkan penjarakan fizikal.

Pastikan individu yang lengkap vaksinasi saja terbabit kempen.

Pakar Virologi turut beri sokongan

Sementara itu, Pakar Virologi Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, PRN di Melaka wajar ditangguhkan bagi mengelak situasi lebih buruk berlaku.

Selain itu, beliau juga meminta kerajaan mempertimbangkan kaedah terbaik oleh kerana bimbang akan kewujudan varian baharu.

Katanya, ini termasuk menetapkan polisi atau prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengelakkan risiko penularan jangkitan.

Jika PRN diadakan, sudah tentu orang Melaka yang menetap di luar negeri itu mahu pulang untuk mengundi termasuk individu yang tidak mendapat suntikan vaksinasi.

Begitu juga pengundi yang menetap di luar negara. Apa yang dibimbangi adalah kemasukan varian dari negara luar seperti varian Mu.

Sementara itu, penganalisis politik dan pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, kerajaan sedia ada boleh terus menjadi kerajaan sementara atau ‘caretaker’ sehingga pilihan raya boleh diadakan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas