Connect with us

Oh! Media

“Ia Cuma Satu Pembaziran” – Pakar Perubatan Sifatkan Program Sanitasi Hanya Membazirkan Wang

Oh! Tidak

“Ia Cuma Satu Pembaziran” – Pakar Perubatan Sifatkan Program Sanitasi Hanya Membazirkan Wang

Seorang pakar Kardiologi Institusi Jantung Negara (IJN), Dr. Beni Isman Rusani berkata program sanitasi awam besar-besaran yang bermula 29 Mei lalu di 284 lokasi di seluruh Malaysia untuk membersihkan kawasan yang dipercayai mempunyai potensi virus Covid-19 dianggap satu pembaziran wang rakyat.

ADVERTISEMENT

Hal ini diungkapkan oleh beliau melalui hantaran di laman Twitter kerana tiada bukti saintifik yang menunjukkan ia berkesan dalam mengawal penularan Covid-19 sebaliknya ia berisiko untuk mencetus masalah kesihatan kepada orang ramai oleh kerana bahan kimia seperti formaldehid, ejen berasaskan klorin dan ammonium.

Sanitasi kawasan luar adalah tidak berasaskan sains. Pembaziran wang rakyat dan sumber kerajaan. Pendedahan terhadap bahan kimia boleh membahayakan orang ramai.

Dr Beni Isman turut berkongsi kenyataan Akademi Perubatan Malaysia (AMM) yang menggesa kerajaan agar menamatkan program sanitasi awam dan menggunkan wang yang digunakan untuk menumpukan sumber langkah pencegahan Covid-19 yang lebih berkesan.

Kenyataan yang dikeluarkan itu bagi menyokong pandangan Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman yang menyifatkan program sanitasi awam adalah satu pembaziran wang.

Kerajaan perlu mengutamakan perlindungan kepada hospital dan unit rawatan rapi (ICU) dalam tempoh dua minggu sekatan pergerakan penuh bagi membolehkan profesional penjagaan kesihatan serta petugas barisan hadapan berehat.

Sebelum ini, Dr Adeeba menerusi hantaranya di laman Twitter berharap peruntukan yang digunakan untuk sanitasi awam digunaan untuk perkara yang lebih penting seperti kelengkapan perlindungan diri (PPE), kanula hidung aliran tinggi, meter ketepuan oksigen dan sebagainya.

Selain itu, AMM juga menyifatkan bahawa Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) juga menolak langkah sanitasi di tempat awam selain mendapat saranan daripada pihak WHO yang menyifatkan bahan kimia di dalam sanitasi memiliki kesan pada kesihatan.

Susulan itu, AMM menggesa langkah pencegahan COVID-19 di Malaysia dilaksanakan berasaskan bukti saintifik, antaranya menyediakan garis panduan aliran udara berikutan CDC dan WHO mengesahkan penyakit itu adalah virus bawaan udara.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas