Connect with us

Oh! Media

Najib Razak Hilang Kata-Kata Selepas Permergian Ibunda Tercinta Sebentar Tadi

Oh! Negara

Najib Razak Hilang Kata-Kata Selepas Permergian Ibunda Tercinta Sebentar Tadi

Sebentar tadi kita dimaklumkan Tun Rahah Mohamed Noah berusia 87 tahun telah menghembuskan nafas terakhirnya di hospital swasta selepas dirawat beberapa hari di sana.

ADVERTISEMENT

Isteri kepada bekas Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein itu dimaklumkan pemergiannya oleh anaknya yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di akaun Facebook miliknya.

Najib Razak yang beberapa hari ini menemani bondanya ternyata tidak mampu berkata apa-apa selain mengalirkan air mata kesedihan.

Innalillahwainnailaihirojiun, bonda saya sudah tiada, kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir, tiada kata-kata untuk kehilangan ini. – Tulis Najib Razak.

Untuk pengetahuan, sejak beberapa hari lalu lagi sudah ramai yang sempat datang melawat bonda Najib Razak termasuklah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah yang mencemar menziarahi Tun Rahah.

Selain itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin parti lain turut sempat menziarahi arwah termasuklah Ustaz Ebit Lew.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas