Connect with us

Oh! Media

Isu Tulisan Jawi, Mazlee Malik Bidas Kenyataan Dong Zong Di Twitter

Oh! Negara

Isu Tulisan Jawi, Mazlee Malik Bidas Kenyataan Dong Zong Di Twitter

Hari ini media ada melaporkan mengenai Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang dikatakan nafi pihak mereka ada membantah pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan Sekolah Kebangsaan (SK).

ADVERTISEMENT

Dong Zong sekali lagi menegaskan, kami tak membantah tulisan jawi tapi kami berpendapat ia hendaklah berasaskan prinsip-prinsip kepelbagaian budaya supaya selaras dengan semangat hidup bersama dalam kepelbagaian. – Tai Kim.

Tai Kim berkata, pengenalan tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menimbulkan pertikaian banyak pihak terutama masyarakat Cina dan India.

Kami telah meminta KPM melaksanakannya dengan pelbagai pendekatan seperti unit tulisan kaligrafi berbilang kelompok etnik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Lima yang dilaksanakan sejak tahun 2015,” katanya.

Katanya ini membolehkan pendekatan itu dilihat sesuai dengan masyarakat majmuk yang ada di negara ini.

Di laman sosial Twitter pula, bekas Menteri Pendidikan, Mazlee Malik dikatakan telah membidas semula kenyataan Dong Zong di media hari ini.

Tweet tersebut telah pun mendapat lebih daripada 2,000 retweet dan 4,000 likes. 

Rata-rata netizen di laman Twitter juga dikatakan bersetuju dengan status yang telah dimuat naik oleh bekas Menteri Pendidikan itu.

Tunjuk la gambar diorang datang KPM dulu, YB.

Bab ni saya setuju dengan YB.

Up balik apa yg Dong Zong ni demand masa datang ke KPM dulu. Punca dia je yang buatkan huru hara isu Jawi yg 2-3 page tu.

Mungkin ramai yang silap faham, sebenarnya Dong Zong dulu tak bantah tulisan jawi untuk SJKC, mereka cuma “bangkang” je. – Tulis beberapa individu di Twitter.

Kredit: Mazlee Malik, Sinar Harian

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas