Connect with us

Oh! Media

Najib & 2 Anak Buat Rayuan Kes Tak Bayar Cukai RM1.74 Bilion

Oh! Negara

Najib & 2 Anak Buat Rayuan Kes Tak Bayar Cukai RM1.74 Bilion

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekarang dilihat sangat lantang memberikan cadangan yang dilihat memihak kepada apa yang diperlukan rakyat pada waktu ini termasuklah tentang isu pengeluaran KWSP Akaun 1 RM10,000. Tapi, sehingga kini Najib masih terhimpit dengan masalah mahkamahnya.

ADVERTISEMENT

Terbaru, Najib dan dua orang anak lelakinya telah membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi tentang kes saman tunggakan cukai pendapatan yang berjumlah RM1.74 bilion sebelum ini.

Saman ini dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan rayuan ini akan disebut pada 16 Disember depan.

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila didapati Najib Razak tidak membayar cukai sepanjang tahun 2011 dan 2017 yang bernilai sebanyak RM1.69 bilion dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin RM37.6 juta dan Datuk Mohamad Nizar RM13.16 juta.

Kalau dilihat dari keputusan Mahkamah sebelum ini, Najib tetap perlu membayar semua tunggakan terbabit yang dilihat sebagai hutang kepada kerajaan.

Semasa Najib Razak menjadi Perdana Menteri, beliau dengan lantang pernah mengingatkan rakyat untuk membayar cukai, tapi sebaliknya berlaku bagi pihaknya.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas