Connect with us

Oh! Media

Berita Gembira! Semua 8 Juta Ahli KWSP Boleh Keluarkan RM10,000

ohmedia kwsp 3

Oh! Negara

Berita Gembira! Semua 8 Juta Ahli KWSP Boleh Keluarkan RM10,000

Selepas program i-Sinar KWSP diumumkan sebelum ini, hari ini ada satu lagi berita gembira untuk semua ahli KWSP.

Pihak kerajaan telah mengumumkan untuk memperluaskan lagi program i-Sinar kepada semua ahli yang menghadapi masalah kewangan.

Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ini menjadikan sebanyak lapan juta pencarum KWSP akan berpeluang dan layak secara automatik untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000.

IKLAN

Saya dengar kesusahan rakyat di media sosial termasuk tuntutan semua Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan Program i-Sinar diperluaskan kepada ahli terjejas pendapatan tidak kira hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan.

Mereka layak memohon pengeluaran tanpa mengira sektor. – Katanya.

Jika sebelum ini had pengeluaran hanya RM6,000, sekarang kita sudah boleh keluarkan pada jumlah minimum RM10,000.

Apa pendapat korang? Apa-apapun gunakanlah peluang yang diberikan kerajaan ini sebaiknya dan semoga dengan wang ini kita dapat gunakan untuk pulihkan ekonomi keluarga.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas