Connect with us

Oh! Media

Malaysia Bakal Muflis Macam Sri Lanka? Biar Betul?

Oh! Negara

Malaysia Bakal Muflis Macam Sri Lanka? Biar Betul?

Dunia dikejutkan dengan rusuhan dibuat penduduk Sri Lanka yang bertindak menceroboh dan berpesta di rumah Presiden, Gotabaya Rajapaksa sebagai tanda tidak puas hati ekoran krisis ekonomi yang berlaku di negara itu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dah Banyak Kali Saya Bagi Amaran Inflasi, Sejak Tahun lepas..” – Najib Razak

Negara yang berkapasiti kira-kira 22 juta penduduk itu kini muflis ekoran krisis ekonomi yang melanda dan dijangka berlarutan sehingga penghujung tahun hadapan.

Malaysia juga bakal muflis?

Terbaru, tular pula satu dakwaan mengatakan bahawa Malaysia juga akan muflis seperti Sri lanka kerana sedang mengalami masalah ekonomi serta jumlah hutang yang tinggi.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mendakwa Malaysia kini berada di kedudukan kedua dalam senarai negara yang mempunyai hutang paling tinggi di Asia selepas Sri Lanka.

Menteri Kewangan tampil jelaskan perkara sebenar

Ekoran itu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul tampil menjelaskan perkara sebenar melalui akaun rasmi TikToknya.

@tzafrul_aziz Malaysia nak bankrap? Betul ke? #fyp #foryoupage #srilanka ♬ original sound – Tengku Zafrul Aziz

Menerusi video tersebut, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tidak pernah menyatakan Malaysia mempunyai masalah ekonomi.

Ini kerana, kerajaan sentiasa berdisiplin dan tidak pernah terlepas untuk membayar hutang negara.

Ini bermaksud kedudukan fiskal negara kekal kukuh, IMF dan Bank Dunia pun yakin dengan pertumbuhan ekonomi negara. IMF dan Bank Dunia pun yakin dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Masing-masing mengunjurkan KDNK Malaysia pada 5.75 peratus dan 5.5 peratus.

Jelasnya lagi, Malaysia bukanlah negara kedua tertinggi yang mempunyai hutang di Asia.

Ada banyak lagi negara di Asia yang mempunyai hutang lebih tinggi daripada Malaysia seperti Jepun 263 peratus KDNK dan jiran kita, Singapura 132 peratus KNDK. Ini semua negara maju.

Dibandingkan dengan Sri Lanka 107 peratus KDNK , hutang Malaysia hanya 63.4 peratus sahaja, jauh beza dengan Sri Lanka.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa indikator ekonomi Malaysia lebih kukuh dan stabil berbanding Sri Lanka, dengan Malaysia mempunyai 12.9 peratus KNDK berbanding Sri Lanka hanya -3.8 peratus.

Rizab rasmi kasar Malaysia pula pada USD 116.9 bilion dan Sri Lanka hanya USD 3.138 bilion. Beza sebanyak 113.76 bilion USD.

Tengku Zafrul turut berharap dan menasihatkan agar rakyat Malaysia tidak mudah percaya dengan maklumat yang tidak tepat dari sumber yang meragukan.

Harap-harap fakta yang diberikan Tengku Zafrul ni menguatkan lagi bahawa bahawa Malaysia tidak akan jadi seperti Sri Lanka.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas