Connect with us

Oh! Media

“Dah Banyak Kali Saya Bagi Amaran Inflasi, Sejak Tahun lepas..” – Najib Razak

inflasi

Trending

“Dah Banyak Kali Saya Bagi Amaran Inflasi, Sejak Tahun lepas..” – Najib Razak

Menerusi posting Facebook Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia, beliau mendakwa telah banyak kali beri amaran berkenaan inflasi yang akan menjadi masalah besar kepada negara.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tahniah PH” – Najib Sindir Dan Dedahkan Jumlah Hutang Langsung Negara Ketika PH Memerintah?

Najib menyatakan bahawa sejak tahun lepas lagi beliau telah nampak akan kenaikan inflasi dan meminta langkah-langkah serta dasar-dasar proaktif perlu dilaksanakan untuk meredakan tekanan dan menstabilkan harga bagi jangka masa yang pendek.

Kadar paling tinggi sejak 40 tahun lalu

inflasi

Semalam, Amerika Syarikat (AS) umum kadar inflasi negara itu naik ke 7.5 peratus, kadar paling tinggi sejak 40 tahun lalu. Ini berikutan United Kingdom (UK) juga catat inflasi tertinggi sejak 30 tahun lalu.

USA dan UK tidak ada UMNO mahupun Barisan Nasional (BN), jadi tak perlulah pihak sebelah sana nak buat propaganda bahawa harga akan naik bawah UMNO dan BN.

Menurut Najib, lockdown yang dibuat seluruh dunia pada tahun 2020 dan 2021 telah menghalang pengeluaran bagi semua jenis komoditi yang menyebabkan stok bekalan dan stok menurun.

Apabila aktiviti ekonomi dibuka semula dan pengguna berebut-rebut membeli semula maka permintaan naik mencanak.

Permintaan yang naik mencanak pada ketika stok sudah kurang menyebabkan harga barang naik dan inflasi mencanak.

Semoga kerajaan dapat bantu mengawal harga barangan dan lakukan langkah-langkah yang sepatutnya kerana ini merupakan hal yang merunsingkan rakyat.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas