Connect with us

Oh! Media

Buat Jenaka Berkaitan Kontena Jenazah, MB Kedah Mohon Maaf

Oh! Negara

Buat Jenaka Berkaitan Kontena Jenazah, MB Kedah Mohon Maaf

Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang dianggap kurang peka terhadap situasi semasa.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Video Individu Tanpa PPE Periksa Jenazah, Staff KKM Dedah Perkara Sebenar

Hal itu berhubung dengan tindakan beliau yang membuat jenaka berkaitan kontena jenazah semasa menjawab pelbagai soalan dalam satu sidang media.

MB Kedah buat jenaka sensitif?

Berdasarkan video yang dikongsikan pengguna Twitter @amofficialmy, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berjenaka dengan menyatakan jumlah kontena penyimpanan mayat di Kedah mencukupi dan meminta sesiapa yang hendak masuk ke dalamnya memberikan nama.

Kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk bagi nama.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempertikaikan jenaka yang dibuat olehnya selain menyifatkan gurauan seperti itu tidak sepatutnya diujarkan.

MB Kedah Mohon maaf

Menurut laporan Kosmo, Muhammad Sanusi hari ini telah memohon maaf atas keterlanjurannya bergurau mengenai isu kontena penyimpanan jenazah itu.

Beliau berkata, jenakanya itu telah diambil di luar konteks dan mengakui tidak berniat untuk bergurau berkaitan isu sensitif itu.

Sebaliknya, gurauan itu hanya ditujukan kepada golongan wartawan di negeri ini yang menganggap mereka sebagai sebahagian daripada ahli keluarga dalam kerjayanya.

Saya suka bergurau, tetapi gurauan semalam agak kasar. Jadi saya nak maklumkan bahawa saya bergurau dengan wartawan yang telah dianggap sebagai ahli keluarga saya.

Mereka tahu bagaimana karakter saya yang suka bergurau. Tetapi oleh karana terdapat pihak yang tersinggung, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach Institut Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Kredit: Kosmo! I Twitter @amofficialmy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas