Connect with us

Oh! Media

Tular Video Individu Tanpa PPE Periksa Jenazah, Staff KKM Dedah Perkara Sebenar

Trending

Tular Video Individu Tanpa PPE Periksa Jenazah, Staff KKM Dedah Perkara Sebenar

Semasa musim pandemik yang menyerang seluruh dunia, masyarakat kian tertekan dengan situasi yang tidak kunjung pulih dan angka jangkitan semakin meningkat dari hari ke hari. Sudah semestinya perkara ini menjadi kegusaran masyarakat yang sudah bersungguh-sungguh mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP), namun terdapat pihak yang memandang sebelah mata berkaitan hal tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: “Hebat Lakonan Kalah Drama Melayu” – Lara Nodin Mahu DG Hisham Undur Diri

Baru-baru ini tular di media sosial apabila tersebar sebuah video memaparkan seorang individu berbaju hitam yang melakukan pemeriksaan terhadap jenazah yang dijangkit virus tanpa mengenakan sebarang baju perlindungan diri (PPE).

Perkara itu turut menjadi perhatian dari pelakon tanah air, Lana Nordin yang menempelak seorang individu yang bekerja dalam pengurusan jasad itu tidak mengenakan baju yang sewajarnya. Padahal sebelum ini, ramai dimaklumkan bahawa jenazah yang dijangkiti tidak boleh didekati tanpa memakai sebarang PPE lengkap.

Ekoran daripada kejadian itu, seorang petugas atau staff KKM dari bahagian pengurusan jasad semasa pandemik tampil memberitahu perkara sebenar berkaitan kes ‘abang baju hitam’.

Menerusi hantarannya di laman Facebook bernama Mat Yoe, dia menjelaskan bahawa tiada keperluan bagi individu tersebut untuk memakai baju PPE kerana tidak menyentuh jenazah tersebut.

Video tersebut adalah jenazah yang dipindahkan dari lori ke dalam kontena. Lelaki itu tak sentuh pun jenazah, jadi tak ada keperluan nak pakai PPE. (Tapi sepatutnya dia mesti pakai apron macam anggota yang lain dalam video tersebut.

Cuba tengok gambar profile Facebook aku, aku pun tak pakai PPE sewaktu pengkebumian jenazah semasa pandemik. Sebab aku tak sentuh langsung jenazah.

Staff KKM perjelas isu 'abang baju hitam'
Gambarnya yang tidak mengenakan PPE lengkap seperti yang dijelaskan sebelum ini.

Dia juga turut mendedahkan salah paham melibatkan maksud sebenar baju PPE penuh dengan baju PPE separa yang menjadi kekeliruan dalam kalangan netizen.

Dalam video tu, yang pakai baju biru ramai-ramai itu bukan PPE penuh. Baju biru itu adalah baju Hospital. Mereka cuma pakai apron, pelitup muka dan pelindung kepala. Separa sahaja.

PPE penuh bermaksud pakaian yang lengkap dari kepala sampai kasut. Serba-serbi dua lapis, pelindung kepala, pelitup muka, pelindung muka, jump suit, pelindung kaki dan apron. Itu baru PPE Penuh.

Tambahnya lagi, risiko jangkitan adalah rendah disebabkan jasad tersebut telah dibalut dengan plastik sebelum dimasukkan ke dalam body bag. Namun, mendedahkan diri kepada risiko jangkitan adalah salah di sisi undang-undang dan sebab itulah setiap anggota wajib mematuhi SOP yang ditetapkan.

Dia juga turut menasihati masyarakat agar menjaga diri daripada menjadi punca jangkitan semakin menular dan turut menempelak golongan yang tidak mempercayai virus pandemik ini yang menggangap ia merupakan sebuah penipuan. Dilihat pada angka jangkitan, sudah semestinya ia merupakan kes yang kritikal.

Kredit: Facebook Mat Yoe

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas