Connect with us

Oh! Media

Britain Bakal Umum ‘Kemerdekaan’ Dari Pandemik Pada Mac Ini

britain

Oh! Negara

Britain Bakal Umum ‘Kemerdekaan’ Dari Pandemik Pada Mac Ini

Di saat dunia masih diancam dengan pandemik Covid-19 yang hadir dengan pelbagai varian baru, Britain dilihat bakal kembali hidup seperti biasa.

ADVERTISEMENT

Perdana Menteri Britain, Boris johnson baru-baru ini mengumumkan bakal memansuhkan segala sekatan berkaitan Covid-19. Rakyat Britain juga dikatakan akan melalui kehidupan normal bermula bulan hadapan kata Daily Mail.

Pemansuhan sekatan ini termasuklah undang-undang mengenaik kuarantin kendiri yang dikenakan terhadap mereka yang positif Covid-19.

Saya akan membentangkan rancangan hidup bersama Covid-19 dalam sesi parlimen sejurus semua anggota kembali bertugas pada 21 Februari ini.

Diharapkan selepas pembentangan itu, peraturan kuarantin kendiri dapat ditamatkan dalam tempoh beberapa hari.

Britain sememangnya sudah memutuskan untuk menamatkan segala peraturan Covid-19 ini pada 24 Mac depan, bagaimanapun dia bercadang untuk mengawalkannya.

Keputusan ini diambil Britain sejajar dengan penurunan kes yang mendadak di negara itu. Peralihan fasa endemik yang dilakukan Britain membuktikan kejayaan rakyat mereka yang bekerja keras dan bersama memastikan rantaian Covid-19 dapat dibendung. Semoga negara kita dan seluruh dunia juga dapat melakukan perkara sama.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas