Connect with us

Oh! Media

Tak Semestinya Dalam Bentuk Wang, Pemuda Ini Buktikan Berkongsi Makanan Pun Dah Cukup Memadai

Berkongsi Rezeki

Branded

Tak Semestinya Dalam Bentuk Wang, Pemuda Ini Buktikan Berkongsi Makanan Pun Dah Cukup Memadai

“Jangan pernah kedekut dan berkira dengan orang, sebab sebahagian rezeki kita ada rezeki orang lain yang Allah amanahkan untuk kita sampaikan”

Peringatan ringkas yang indah ini, kami yakin mesti ramai antara korang dah pernah dengar betul tak? 

Memang tak dinafikan, sikap pemurah dan tak berkira inilah asbab yang membawa lebih banyak lagi nikmat dan membuka pintu rezeki untuk diri kita.

Bukan itu saja, dengan berkongsi rezeki yang kita ada, ia secara tak langsung memberikan ketenangan pada jiwa kita serta keberkatan pada rezeki yang dimiliki. 

“Ni Ada Rezeki Lebih Sikit, So Nak Bagi Kepada Yang Lebih Memerlukan” 

Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial yang berjaya membuatkan kami tersentuh. Kalau nak tahu, jom sama-sama kita hayati. 

Daripada video ini, kita dapat lihat sebenarnya masih ramai lagi orang yang kurang bernasib baik, dan kita sebagai manusia dituntut untuk saling melengkapi dan tak lokek berkongsi rezeki sekiranya mempunyai kemampuan lebihan.

Video berdurasi 2 minit ini jelas menunjukkan konsep memberi dan berkongsi rezeki, di mana  pemuda tersebut membeli beberapa set Bucket Kita daripada Marrybrown (yang menawarkan pelbagai hidangan dalam satu set) cukup untuk dikongsi bersama. 

Berkongsi rezeki ni tidak semestinya berbentuk dalam jumlah wang yang besar tau, kadang-kadang memberi makanan yang cukup pun dah memadai. 

Jadi, daripada video ini, memang jelas mesej yang cuba disampaikan oleh pemuda tersebut tentang idea memberi dan berkongsi rezeki. 

Sesuai Untuk Dikongsi Bersama, Bucket Kita Adalah Pilihan Terbaik

Kalau korang dah baca sampai sini, ini adalah peringatan mesra untuk sama-sama kita lakukan kebaikan. 

Untuk korang yang ada niat untuk berkongsi rezeki, tak kisah untuk ahli keluarga, kawan-kawan mahupun orang yang memerlukan, apa kata korang kongsi Bucket Kita! 

Kalau korang nak tahu, Bucket Kita adalah promosi terbaru yang ditawarkan oleh Marrybrown tau. 

Kenapa Bucket Kita ini sesuai sangat untuk dikongsi bersama adalah sebab dalam set ini, ia menawarkan pelbagai pilihan hidangan dengan penjimatan sehingga 25%. 

Korang ditawarkan dua pilihan set iaitu: 

6-PC Bucket (harga dari RM48.99)

6 ketul Ayam Goreng MB

Cheezy Wedges

2 Hot Pie

2 Coca-Cola (saiz regular)

10-PC Bucket (harga dari RM75.99)

10 ketul Ayam Goreng MB

Cheezy Wedges

2 Hot Pie

4 Coca-Cola (saiz regular)

Banyak pilihan dan menjimatkan, Bucket Kita memang tak dinafikan sesuai untuk dikongsi bersama. Jom dapatkan sekarang di Marrybrown berdekatan.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Marrybrown, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk info terkini.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas