Connect with us

Oh! Media

Ibu Tunggal Sanggup ‘Ride’ Dari Perak Ke Kuala Lumpur Demi Jual Sayur

Oh! Inspirasi

Ibu Tunggal Sanggup ‘Ride’ Dari Perak Ke Kuala Lumpur Demi Jual Sayur

Seorang ibu tunggal sanggup menempuh perjalanan lebih 300 kilometer menaiki motosikal dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur demi kelangsungan hidup semata-mata berniaga sayur kampung.

ADVERTISEMENT

Menurut Harian Metro, Siti Norol Salwani Ismail, 29, berkorban setiap hujung minggunya sejak pertengahan tahun lalu demi menyara dirinya dan anaknya yang berusia 10 tahun.

Kredit: FB Siti Norol Salwani

Dari Changkat Jering ke Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur, idea gila berniaga sayuran kampung ini tercetus selepas dia terbeli pucuk paku tua dan sayur lain pada harga yang mahal selain tidak segar pada tahun lalu di Kuala Lumpur.

Sejak kejadian itu, terlintas di fikiran saya untuk cuba berkongsi dengan menjual hasil segar dari kampung dengan orang Kuala Lumpur kerana murah dan mudah diperolehi di kawasan Bukit Gantang dan Changkat Jering.

Ujarnya, agak berat pada permulaan untuk memulakan perniagaan ini kerana jarak yang perlu ditempuhi iaitu 300 kilometer dan mengambil masa empat jam dengan hanya menunggang motosikal.

Tak sangka percubaan pertama berniaga petai, pucuk paku, pucuk ubi, belalai gajah, nangka muda, jering dan ulam laris serta habis terjual.

Berniaga dengan harga yang sama

Menurutnya, harga yang dijual bermula RM2 hingga RM10 seikat dan tak banyak beza jika dibandingkan jualan di Changkat Jering kecuali kualiti dan kesegaran. Jualan bermula dari jam 3 petang atau 5 petang sehingga malam.

Semangat yang meluap-luap untuk berniaga..

Sejak dari itu, dia bersemangat untuk berniaga walaupun hampir setiap minggu berulang-alik dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur dengan menunggang Honda Wave FI 125cc.

Banyak cabaran yang dihadapi

Salwani juga sering menghadapi pelbagai cabaran ketika berniaga dan antaranya tayar pancit selain berdepan dengan cuaca yang tidak menentu.

Perkara itu sudah biasa dan sering dilalui dan pernah satu ketika motosikal saya tersadai di lebuh raya.

Dia merasakan itu bukan halangan dan berpuas hati apabila dapat berkongsi menjual sayuran segar dengan penduduk di Kuala Lumpur.

Kredit: Sinar Harian

Pada Jumaat lalu, Siti Norol Salwani baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan pasangan dan ujarnya perniagaannya dihentikan sementara pada awal tahun ini kerana sibuk menguruskan hal perkahwinan.

Tidak dilarang oleh suami untuk berniaga dan merancang untuk berniaga bersama, dia bertekad meneruskan perniagaan selepas menerima motosikal baru berikutan motosikal lamanya yang sering rosak.

Kisah Siti Norol Salwani ini mendapat perhatian daripada netizen apabila turut dikongsikan di laman Facebook The Solo Rider Malaysia.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas