Oh! Inspirasi
Pelajar Dikutuk Kerana Bantu Ibu Bapa Jual Ayam Goreng
Bukan mudah untuk menjadi seorang pelajar dan juga pekerja dalam satu masa. Bagi sesetengah mahasiswa melakukan kerja sambilan adalah satu perkara yang sudah biasa untuk mereka.
BACA : Dapat 9A SPM, Erysha Emyra Tangguh Masuk Universiti Sebab Nak Bekerja
Di aplikasi tiktok tular seorang pelajar di UiTM Puncak Alam, Selangor yang dikutuk kerana membantu ibu bapanya berniaga ayam goreng.
Yasmin Qamarina Hilmi, 21, telah mendapat komen negatif dari netizen ketika dia sedang membuat live di tiktok.
Kat Uitm bukan main pakai style, model sana sini padahal jual ayam je, komen seorang netizen.
Apabila membaca komen tersebut, Yasmin langsung tidak melenting malah dia menitipkan doa buat netizen tersebut.
Untuk awak yang cakap tu terima kasihlah ya cakap macam itu, semoga awak maju jaya daripada penjual ayam ini.
Menurut mStar, Yasmin bersyukur kerana dapat membantu ibu bapanya mencari rezeki walaupun masih belajar, dia juga tidak malu dengan perkerjaannya itu.
Yasmin juga berkata ayahnya sudah menceburi dalam bidang perniagaan sejak tahun 2015. Ayahnya mula berniaga ayam di Tasik Darulaman, Jitra, Kedah.
Tambah Yasmin dia mula membantu ibu bapanya sejak berumur 12 tahun sehingga sekarang.
Dalam sibuk membantu keluarganya Yasmin tetap ingin mengejar cita-citanya dan menghabiskan pengajian dalam jurusan Pengajian Pengurusan Teknologi Perniagaan.

Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook...
Kredit: mStar | Tiktok @rinadg4f
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM