
Oh! Inspirasi
“Pengalaman Saya Percuma” – Dapat Tahu Peserta Perlu Bayar Sesi Webinar, Pakar Automotif UK Tarik Diri
Baru-baru ini, viral di Facebook tentang penarikan seorang pakar automotif di United Kingdom dari satu sesi webinar selepas mengetahui peserta perlu membayar untuk sertai program itu.
BACA: “Selangor FC Minta Tunda Bukan Mahu Tarik Diri, Tapi MFL Bertindak Ego” – Presiden ASFC
Menerusi hantarannya, pakar automotif yang dikenali sebagai Dr Aid Fawzal berkata perkara itu baru diketahuinya kerana pihak pengurusan tidak memberitahu perkara tersebut terlebih dahulu.
Tambahnya, dia juga tidak berminat untuk menjayakan mana-mana program yang memerlukan bayaran dari peserta.
Ilmu dan pengalaman saya adalah percuma.
Saya dulu mula datang United Kingdom dengan duit MARA, duit rakyat. Mana mungkin bila saya dah ‘berjaya’, saya minta duit orang ramai untuk kongsi ilmu yang saya ada. Ini tidak betul.
Pakar automotif ini juga memohon agar penganjur yang mahu menjemputnya untuk memberitahu berkenaan perkara seperti ini.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet memuji sifat pemurah Aid Fawzal kerana tak semua orang sudi berkongsi ilmu secara percuma buat orang ramai.


Bagusnya kalau ramai lagi yang macam ni sebab kadang-kadang ada yang mahu turut serta tapi tak berkemampuan. Dengan adanya, pakar yang macam ni, mesti lagi ramai anak muda dekat luar sana yang boleh berjaya dengan pertolongan dari mereka.
