Connect with us

Oh! Media

“Mesti Raket Ni Mahal…” – Aktivis Beri Bantuan Kepada Murid B40 Menang Badminton Tapi Tak Diraikan

Ohmedia murid B40 Menang Badminton

Oh! Inspirasi

“Mesti Raket Ni Mahal…” – Aktivis Beri Bantuan Kepada Murid B40 Menang Badminton Tapi Tak Diraikan

Baru-baru ini, viral di TikTok video seorang kanak-kanak mengambil gambarnya dengan hadiah yang dimenangi selepas menyertai pertandingan badminton tanpa bantuan orang lain.

Hantaran itu telah meraih simpati netizen kerana kemenangan kanak-kanak itu seperti tidak diraikan.

Lebih sedih lagi, apabila kanak-kanak yang dikenali sebagai Nubhan itu diilihat meminta tolong orang sekeliling untuk menangkap gambarnya tapi tak dihiraukan.

IKLAN
@adrianedy7

Terharu nampak video adik Nubhan yang tular, dia pertama kali ikut kejohanan dan menang, masa tu semua orang sibuk tidak dapat tolong dia ambil gambar, kita gembirakan dia dengan hadiahkan dia raket, kasut dan baju, moga adik Nubhan berjaya capai cita cita dia 🤍 #fyp #adrianedy

♬ original sound – Adrian Edy – Adrian Edy

Guna raket pinjam dan pakai kasut buruk

Susulan itu, seorang aktivis kebajikan, Adrian Edy tampil berjumpa dengan Nubhan untuk memberikannya sedikit bantuan memandangkan Nubhan daripada golongan B40.

Sebelum datang jumpa, Edy dah hubungi ayahnya. Nak tahu kehidupan mereka bagaimana. Ibunya kerja kerani, ayahnya pula kerja sendiri.

Yang membuatkannya sebak, adik Nubhan difahamkan memakai kasut lama yang diberi oleh orang selain daripada meminjam raket kakaknya untuk menyertai pertanding tersebut.

Dia sangat terharu, siap cakap raket ini mahal, harga ratus-ratis, raket untuk orang pro. Saya bersyukur dapat gembirakan adik Nubhan.

Menerusi video yang dikongsi oleh aktivis tersebut, dia turut berikan kasut, stoking dan baju baru untuk memberikannya semangat.

Dia pun ada beritahu yang dia menjadikan Datuk Lee Chong Wei sebagai idola dan memang bercita-cita nak jadi pemain badminton apabila dewasa sehingga dapat mengharumkan nama negara.

Ramai netizen menitipkan ucapan terima kasih kepada aktivis kerana membantu kanak-kanak itu di ruangan komen.

Ohmedia komen nubhan 2
Ohmedia komen nubhan

Alhamdulillah rezeki memang tak salah alamat. Sebak tengok muka adik ni gembira terima bantuan tersebut. Semoga impian adik Nubhan untuk jadi pemain badminton tercapai. Amin..

Ohmedia murid B40 Menang Badminton

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas