Oh! Artis
“Jangan Jadikan Normal Kena Gari” – Rita Rudaini ‘Sekolahkan’ Aisyah Hijanah Dan Alif Teega
Baru-baru ini, pasangan influencer Aisyah Hijanah dan Alif Teega menerusi sesi live ada berkongsi pengalaman mereka direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
BACA: “Kena Gari Sebab Prosedur” – Aisyah Hijanah Dan Alif Teega Cerita Pengalaman Ditahan SPRM
Namun, pengalaman yang dikongsi dengan wajah ceria mengundang rasa kurang senang selebriti popular, Rita Rudaini.
Rita memohon pengalaman ‘digari’ tidak dinormalisasikan kerana bimbang menjadi ikutan remaja yang sekadar mahu merasainya.

Kata Rita lagi, ada individu sanggup melakukan apa saja termasuk memberi penjelasan panjang lebar demi menutup malu atau kesalahan sendiri.

Namun bagi Rita, adalah lebih baik berdiam diri sahaja untuk mengelakkan isu baru dikaitkan dengan mereka.
Jangan pulak lepas ni dengar, ada adik-adik saja-saja pi curi duit masjid sebab nak rasa kena gari. Pengalaman katanya.. Punggahhh. *hati-hati bila berkata-kata, tak semua orang pandai hadam
Terdahulu, media melaporkan empat individu telah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.
Individu yang ditahan dibebaskan pada 16 Julai lalu selepas tempoh tahanan reman berakhir.

Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook…
Kredit: Instagram Rita Rudaini
