Connect with us

Oh! Media

MPSO 2.0 Bantu Peladang Perkukuhkan Minyak Sawit Malaysia Ke Peringkat Global

Copy of Untitled Design   2

Oh! Negara

MPSO 2.0 Bantu Peladang Perkukuhkan Minyak Sawit Malaysia Ke Peringkat Global

Pelaksanaan Piawaian Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO 2.0) bermula 1 Januari 2025 dijangka memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pengeluaran minyak sawit mampan di peringkat global.

Menurut laporan Berita Harian, MSPO 2.0 memperkenalkan beberapa garis panduan lebih tegas kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Belvinder Kaur Sron.

  • Pencegahan penyahhutanan.
  • Pemeliharaan kawasan bernilai pemuliharaan tinggi.
  • Penglibatan pekebun kecil dalam rantaian bekalan mampan.

MSPO 2.0 sejajar dengan piawaian antarabangsa seperti Peraturan Penyahhutanan EU (EUDR) dan Matlamat Pembangunan Mampan PBB (UNSDG).

Tingkatkan reputasi minyak sawit di pasaran global

43d41985 4820 4362 bd4c fe36327185a2

MSPO 2.0 bukan sahaja memelihara akses pasaran sedia ada, malah membuka peluang untuk memasuki pasaran premium seperti EU dan Amerika Utara.

IKLAN
  • Mekanisme kebolehkesanan yang dipertingkatkan memastikan minyak sawit Malaysia memenuhi jangkaan pengguna global.
  • Fokus kepada alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) meningkatkan daya saing produk.

Piawaian ini memperteguh keupayaan Malaysia untuk berkembang ke pasaran baharu dan memacu pertumbuhan jangka panjang industri.

Sokongan untuk pekebun kecil

Img 7425

Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (NASH), Adzmi Hassan, berharap kerajaan terus menyokong pekebun kecil untuk mencapai MSPO 2.0.

Beliau menjangka harga tandan buah segar (FFB) minyak sawit yang kini mencecah RM1,100 hingga RM1,200 satu tan akan memberi motivasi kepada pekebun kecil menghasilkan minyak sawit mampan.

Pencapaian setakat ini

Img 7426

Menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi, setakat April 2024:

  • 87.4% ladang sawit di Malaysia telah diperakui MSPO.
  • 407 daripada 446 kilang minyak sawit juga menerima pensijilan.
  • 151,152 pekebun kecil di kawasan seluas 542,215 hektar turut terlibat.

Menteri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani optimis pelaksanaan MSPO 2.0 akan terus mengangkat reputasi Malaysia di pasaran global.

#OhmediaNasihat

Langkah memperkukuhkan piawaian minyak sawit ini bukan sahaja meningkatkan daya saing Malaysia di pasaran global, malah memastikan kelestarian alam sekitar terjaga. Pekebun kecil disarankan memanfaatkan peluang ini untuk meningkatkan hasil pengeluaran dan mematuhi standard global bagi memperluaskan pasaran mereka.

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas