Connect with us

Oh! Media

“Allahu Sayu Hati…” – Momen Tun Hasmah Dan Rosmah Mansor Peluk Erat Buat Ramai Sebak

tun hasmah

Oh! Negara

“Allahu Sayu Hati…” – Momen Tun Hasmah Dan Rosmah Mansor Peluk Erat Buat Ramai Sebak

Di sebalik suasana pilu menyelubungi Masjid Negara semalam, satu momen cukup menyentuh jiwa rakyat Malaysia apabila dua wanita hebat iaitu Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan Datin Seri Rosmah Mansor dilihat berpelukan erat.

Video yang dikongsikan pemilik TikTok @messrsfaizsyukri itu dirakam ketika kedua-duanya hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah.

IKLAN

Kedua-dua mereka merupakan isteri kepada tokoh negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak yang pernah menerajui tampuk kepimpinan Malaysia.

“Allahu sayup hati…” – Detik yang menyentuh jiwa

@messrsfaizsyukri

Hari ini FSCO hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Negarawan Malaysia Pak Lah. FSCO ditemukan dengan Ibu-Ibu Malaysia, Tun Hasmah dan Datin Seri Paduka @Rosmah Mansor . Allahu sayup hati melihat kepada dua insan kuat dibelakang bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Najib. Apa pun pertelingkahan politik terhenti apabila kesayupan hati tersemai dek perginya seorang Negarawan terhormat seperti Pak Lah. Moga Malaysia aman sentosa dan terus mendapat RahmatNya dan Pak Lah aman di Negeri Abadi. #PakLah #PM5 #Malaysia

♬ Al I’tiraf Minus One Piano – Jahar Haiba

Ramai tidak menyangka dapat melihat kedua-duanya yang pernah berada di sisi pemimpin dari latar belakang politik yang berbeza bertemu dalam keadaan penuh emosi.

Pelukan antara Tun Hasmah dan Rosmah jelas memperlihatkan kasih sayang dan nilai kemanusiaan yang melangkaui sempadan fahaman.

Netizen tersentuh, doakan keamanan buat negara

Perkongsian itu turut mendapat reaksi hangat daripada warganet yang meluahkan rasa sebak dan terharu.

Ramai yang memuji keikhlasan momen tersebut dan berharap agar penyatuan seperti ini menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Kehadiran dua figura penting negara itu bukan sahaja menambah hiba suasana, tetapi juga menjadi simbol penyatuan dan harapan agar Malaysia kekal dalam keamanan serta rahmat Tuhan.

Pssttt! Alhamdulilah seronok tengok bila masing-masing bersatu padu dalam suasana harmoni kan? Diharapkan rakyat tidak bertelagah hanya disebabkan fahaman politik yang berbeza.

Kredit: TikTok @messrsfaizsyukri
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas