Connect with us

Oh! Media

IMF Puji Perkembangan Ekonomi Malaysia Di Bawah Anwar Ibrahim

Ohmedia anwar ibrahim

Oh! Negara

IMF Puji Perkembangan Ekonomi Malaysia Di Bawah Anwar Ibrahim

IMF puji ekonomi Malaysia, Anwar Ibrahim tekankan kestabilan ekonomi mesti dirasai rakyat.

Penilaian positif IMF terhadap ekonomi Malaysia disambut baik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun bagi beliau, pujian antarabangsa bukan matlamat akhir kerajaan.

Dalam suasana ekonomi global yang semakin mencabar, Anwar menegaskan keutamaan Kerajaan MADANI adalah memastikan kestabilan ekonomi Malaysia diterjemahkan secara bertanggungjawab dan benar-benar dirasai oleh rakyat.

Anwar menjelaskan fokus kerajaan tidak tertumpu kepada kadar pertumbuhan semata-mata. Apa yang lebih penting ialah manfaat ekonomi sampai terus kepada rakyat. Menurut beliau, kestabilan ekonomi Malaysia perlu dizahirkan melalui peluang pekerjaan yang terjamin, adil dan membina keyakinan terhadap masa depan.

IKLAN

Saya menyambut baik penilaian IMF terhadap ekonomi Malaysia.- Katanya.

RMK-13 jadi asas pertumbuhan jangka panjang

Malaysia

Sebagai Menteri Kewangan, Anwar berkata kerajaan akan terus mengurus kewangan awam secara berhemah. Langkah ini dilihat penting bagi mengekalkan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia.

Dalam masa sama, pembaharuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 akan dipercepatkan bagi memastikan pertumbuhan yang dibina kekal kukuh dan berdaya tahan.

Kerajaan MADANI akan terus mengurus kewangan awam secara berhemah dan mempercepat pembaharuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.- Katanya lagi.

IMF nilai ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan

Anwar Ibrahim

IMF sebelum ini menilai ekonomi Malaysia menunjukkan daya tahan yang ketara walaupun berdepan ketegangan perdagangan global dan ketidaktentuan dasar. Penilaian itu disokong oleh penggunaan serta pelaburan domestik yang kukuh.

Selain itu, pertumbuhan pekerjaan dan peningkatan sektor teknologi global turut menyumbang kepada prestasi ekonomi Malaysia.

Ketahanan ekonomi Malaysia dijangka berterusan dalam jangka terdekat, disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh.- Menurut kenyataan IMF.

Risiko global kekal cabaran utama

IMF mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia menurun sedikit daripada 4.6 peratus pada 2025 kepada 4.3 peratus pada 2026. Penurunan itu dikaitkan dengan kesan tarif Amerika Syarikat yang lebih tinggi.

IMF turut mengingatkan risiko kelembapan permintaan luar, ketidaktentuan pasaran kewangan global serta perubahan landskap perdagangan dunia kekal menjadi cabaran kepada ekonomi Malaysia.

Pssttt! Ohmedia harap korang nampak, ekonomi yang stabil bukan sekadar laporan dan pujian luar. Yang penting, hasilnya benar-benar boleh dirasai rakyat dalam kehidupan seharian.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas