Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Hairan Ada Yang Pertikai SARA RM100

Ohmedia anwar ibrahim

Oh! Negara

Anwar Ibrahim Hairan Ada Yang Pertikai SARA RM100

PM Anwar pelik ada yang perlekeh bantuan RM100 sedangkan ia bantu 22 juta rakyat. Ini penjelasannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang mempersoalkan pemberian RM100 secara sekali beri yang diumumkan kerajaan.

Menurut beliau, sumbangan itu bukanlah satu-satunya bantuan, tetapi tambahan kepada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang keseluruhannya kini dinaikkan daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion.

Ada kata RM100 sahaja, tak apalah, kamu gaji RM20,000 RM40,000 sebulan tetapi kalau pergi ke kampung ada (memerlukan).

Dengar beberapa ahli Parlimen di Parlimen, kata RM100 sahaja.- Katanya.

Anwar Ibrahim tegaskan bantuan untuk 22 juta rakyat, bukan sekadar simbolik…

Anwar Ibrahim
Sumber Gambar Fath Rizal Prime Ministers Office

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan bahawa bantuan tersebut akan memberi manfaat kepada kira-kira 22 juta rakyat dewasa.

IKLAN

Ia adalah satu bentuk penghargaan dan ikhtiar segera kerajaan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Ini tambahan RM13 bilion ke RM15 bilion untuk tahun ini STR dan SARA. Kemudian SSPA sebanyak 10 peratus tahun ini, 18 peratus tahun depan. Ini tambahan daripada yang telah dilaksanakan.- PMX.

Bantuan kali pertama untuk semua dewasa, termasuk harga minyak lebih murah…

Anwar ibrahim2
Sumber Gambar Sadiq

Anwar juga bertegas bahawa subsidi itu tidak sepatutnya diberikan kepada warga asing, dan agak pelik apabila Ketua Pembangkang seolah-olah mempertikaikan perkara itu.

Boleh tegur dan kritik saya tidak ada masalah. Bukan kita dera mereka dan rampas hak dia, ini subsidi dan bukan cukai tambahan mereka.- Jelasnya lagi.

Menurutnya, harga minyak di Arab Saudi sendiri pun sudah mencecah sekitar RM2 seliter, jadi subsidi yang kerajaan berikan sepatutnya dinikmati rakyat sendiri, bukan orang luar.

Pssttt! Kadang-kadang, kita terlalu cepat nak kritik sampai terlupa ramai lagi yang betul-betul perlukan bantuan, walaupun jumlahnya tak besar. Ohmedia harap korang sentiasa bersyukur dan jangan bandingkan bantuan ikut pendapatan sendiri. Kalau kita tak perlu, bagus tapi ingatlah ada orang lain yang mungkin sangat menghargainya.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas