Trending
Pemilik Gerai Dikecam Minta Staf Bahagi Duit ‘Sumbangan’ Content Creator, Siap Pecat Pekerja?
Pemilik gerai keria nafi pilih kasih, mahu wang diraikan bersama bukan individu.
Baru-baru ini tular kisah seorang pekerja didakwa diberhentikan gara-gara enggan berkongsi wang pemberian daripada content creator, Cikgu Shaari.
Difahamkan, Cikgu Shaari telah berkunjung ke gerai tempatnya bekerja dan menemu bualnya. Di akhir video, Cikgu Shaari memberi hadiah termasuk wang tunai.
Pekerja dapat hadiah dan wang dari Cikgu Shaari
Namun, pemilik gerai didakwa meminta pekerja itu berkongsi wang dengan pekerja-pekerja yang lain. Lebih teruk lagi, sampai dibuang pekerja tu? Biar betul.
Pemilik gerai beri penjelasan panjang lebar
Terbaru, pemilik gerai tampil memberikan penjelasan panjang lebar. Dia memohon maaf sekiranya tindakannya membuatkan mana-mana pihak terasa atau tersinggung.
Dia juga menafikan dakwaan pilih kasih sebaliknya percaya rezeki di tempat kerja patut diraikan bersama bukannya secara individu.
Tambahnya, walaupun niatnya ketika itu hanyalah untuk berlaku adil, dia tidak menolak kemungkinan cara penyampaiannya kurang sesuai dan menimbulkan salah faham.
Saya tak pernah berniat nak zalimi atau berat sebelah terhadap mana-mana staf. Tapi saya bersalah dan benar-benar minta maaf kepada Nabila.
Beliau juga menafikan dakwaan bahawa semua bentuk pemberian termasuk wang dan cincin yang diberi oleh guru itu diambil olehnya.





Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM