Oh! Tidak
Atok Zayn Rayyan Yakin Anak Dan Menantu Tak Bersalah
Datuk kepada Zayn Rayyan yakin anak dan menantu tidak terlibat dalam kes bunuh.
Datuk kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin tampil mempertahankan anak (Zaim) dan menantunya (Ismanira) yang kini berdepan perbicaraan kes kematian cucunya itu.
Memetik laporan Astro Awani, Zahari Mohd Reba, 57, memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa beliau percaya penuh anak dan menantunya tidak terlibat langsung dalam kes pengabaian atau pembunuhan Zayn yang merupakan kanak-kanak autistik.
Katanya, Ismanira dan Zaim adalah ibu bapa yang bertanggungjawab dan amat menyayangi arwah anak mereka.
Saya percaya anak dan menantu saya tidak terlibat dalam kematian Zayn. Saya yakin Ismanira tidak bersalah.
Kami sekeluarga amat berduka dengan kehilangan ini, lebih-lebih lagi apabila pihak berkuasa masih belum berjaya mengenal pasti siapakah yang membunuh cucu saya.
Hubungan Zayn Rayyan dan ibunya sangat rapat…
Zahari turut menjelaskan bahawa hubungan antara menantunya, Ismarina dengan Zayn sangat rapat dan penuh kasih sayang. Dia turut mendedahkan bahawa jika pasangan itu tidak bekerja pada hujung minggu, mereka akan membawa Zayn ke rumah untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Zahari juga turut terlibat dalam usaha mencari Zayn pada hari dia dilaporkan hilang, manakala Ismanira bertindak membuat laporan polis ketika itu.
Sebagai info, Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023 sebelum ditemui tidak bernyawa keesokan harinya. Mayatnya ditemukan dalam keadaan tertiarap di anak sungai, kira-kira 20 meter dari rumah mereka, sekitar jam 10 malam.
Sehingga kini, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti pelaku sebenar di sebalik kejadian menyayat hati ini.
Pssttt! Ohmedia faham, isu melibatkan kematian kanak-kanak sebegini sememangnya berat dan menyentuh hati ramai pihak, apatah lagi bila melibatkan ahli keluarga terdekat. Apa pun, kita serahkan pada pihak berkuasa untuk jalankan siasatan seadilnya. Korang pula, jangan cepat menilai atau jatuhkan hukuman sebelum segalanya dibuktikan di mahkamah. Biarlah keadilan ditegakkan mengikut saluran yang betul.
Kredit: Astro Awani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.


Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM