Oh! Negara
“Nanti Ada Orang Ingat Tempurung Kelapa Buat Cameo” – Seloroh Rafizi Tarik Perhatian Ramai
Ramai tak sangka YB Rafizi pandai buat lawak, netizen siap cadang haircut baru
Sidang Dewan Rakyat semalam bukan sahaja menyaksikan perbahasan hangat dari kalangan Ahli Parlimen, namun turut diselitkan dengan satu momen jenaka yang telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi, bekas Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli, beliau berseloroh dengan Ahli Parlimen Batu Pahat, YB Onn Abu Bakar untuk pertimbang mengambil gambarnya dari bahagian depan, bukan dari belakang dan dari satu kedudukan yang lebih tinggi. Ehh, tapi kenapa?
YB Rafizi takut tempurung kelapa buat cameo khas di Parlimen?

Tulisnya ringkas di kapsyen Facebook, beliau gusar orang ramai akan teringat ‘tempurung kelapa’ dan bukan dirinya.
Lain kali kalau nak ambik gambar di Dewan Rakyat Onn Abu Bakar (MP Batu Pahat), mohon dipertimbangkan ambik dari depan, bukan dari belakang dari kedudukan lebih tinggi macam ni. Nanti ada orang ingat tempurung kelapa tiba-tiba buat cameo di Dewan Rakyat.
Rata-rata netizen terhibur dengan jenaka bersahaja itu dan ada juga berpendapat, suasana ini mencerminkan satu politik matang dan mesra, di mana perbezaan mahupun momen unik dalam Parlimen boleh diraikan dengan rasa humor. Hantaran itu juga telah meraih 11,000 like dan 1,200 komen.



Pssttt! Dalam suasana politik yang sering tegang dan penuh dengan perdebatan serius, YB Rafizi tetap tampil tenang dan ‘cool’ seperti biasa.
Kredit: Rafizi Ramli
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 12 hours ago